BREAKING NEWS
Majlis Ekonomi Negara (NEC) telah meluluskan kenaikan tarif elektrik tetapi tarif baru elektik bakal di umum pada 30 Mei 2011 (Isnin).
Pengumuman secara rasmi akan di buat dalam 1 sidang media oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin pada jam 4 petang 30 Mei 2011, Isnin ini.
Pada 25 Mei 2011, rabu lalu, kabinet telah mengambil keputusan menangguhkan kenaikan harga bahan api kerana bimbang tindakan itu akan menimbulkan kemarahan rakyat.
Untuk rekod, sepanjang 18 bulan lalu, kerajaan telah meningkatkan harga gula lebih 58% dan membenarkan harga petrol RON97 mencatatkan paras tertingginya pada RM2.90 seliter.
Memang sejak kebelakangan ini anggota jemaah menteri berulang-kali mengingatkan rakyat supaya bersedia menghadapi kenaikan tarif elektrik dalam usaha kerajaan mengurangkan subsidi negara.
Sebenarnya kerajaan 'bijak' apabila memilih menaikkan tarif elektrik berbanding menaikkan harga petrol. Ini kerana rakyat hanya membayar bil elektrik sekali setiap bulan. Kenaikan hanya dirasai sekali setiap bulan berbanding kenaikkan petrol yang akan di rasai setiap hari dan akan menaikkan harga barangan yang lain....
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~