Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

(credit to Gua.com)


KEPUTUSAN TERKINI


Juara @ pemenang Mentor 5 ialah Salma iaitu protege kepada Erra Fazira dengan 85 markah di ikuti Shiha di tempat ke 2 dengan 63 markah manakala Iqa di tempat ke 3 dengan 56 markah.


Ini bermakna Salma dan Erra Fazira akan membawa balik RM 100 000 dan sebuah kereta Chevrolet Kruze.


PREVIOUS ENTRY


Malam ini akan berlangsungnya konsert final Mentor musim ke 5 yang menyaksikan Iqa (protege Edry KRU), Salma (protege Erra Fazira) dan Shiha (protege Datuk Sharifah Aini) akan berentap merebut gelaran juara @ pemenang final Mentor 5. 


Untuk konsert akhir ini, setiap protege akan menyampaikan 3 buah persembahan - nyanyian solo, nyanyian lagu 'single' terbaru mereka (juga solo) dan duet bersama artis pilihan.


(credit to Daniel Adie)


Salma akan bergandingan dengan Jaclyn Victor dengan rangkaian lagu 'Cinta' dan 'Rindu'. Untuk lagu solo, Salma akan mendendangkan lagu 'Listen' yang dipopularkan oleh Beyonce dan  'single' pertama Salma berjudul 'Aku Permata'.


Iqa akan menyanyikan lagu Sheila Majid 'Ku Mohon' untuk segmen lagu solo. Artis pilihan Iqa pula ialah Faizal Tahir dan akan berduet dengan lagu 'Karma'. 'Single' Iqa yang pertama bertajuk 'Di Penghujungnya'.



Untuk segmen lagu solo, Shiha akan menyanyikan 'Kisah Hati' yang dipopularkan oleh Alyah dan berduet bersama Black dengan medley lagu 'Ghazal Untuk Rabiah' dan 'Balqis'. Lagu 'single' Shiha pula bertajuk 'Bila Bertemu Mu'.


Apa-apa pun jangan lupa saksikan konsert final Mentor 5 live jam 9 malam 29 Mei 2011 di TV3 dan di  www.gua.com.my/mentor untuk mengetahui siapakah juara @ pemenang final Mentor 5. 


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~~ 

Comments
2 Comments

2 comments:

Noor Fatin said...

saya suka shiha tapi salma yang menang. haha

Sharinginfoz said...

dah ada juara rupanya

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget