Baru-baru ini Boon Siew Honda telah melancarkan motosikal terbaharunya, Honda Wave Dash 110cc 2011 yang disasarkan kepada golongan muda yang berumur 35 tahun.
Di jangkakan Honda Wave Dash 110cc ini mampu memenuhi jangkaan penunggang motosikal yang mahukan motosikal yang sporty dan mempunyai daya pecutan.
Honda Wave Dash 110cc ini menggunakan enjin OHC 4, kitaran termaju untuk menawarkan kuasa kuda maksimum 6.22 KW/7,500 RPM dan tork maksimum mencecah 8.59Nm/7,500 RPM.
Model ini juga lebih aerodinamik dan mampu mengurangkan bunyi angin serta memberikan kestabilan sewaktu ditunggang pada kelajuan tinggi.
Ini pula permukaan meter model ini. Nampak kemas, ringkas dan mudah di baca. Model ini terdiri daripada 2 jenis iaitu model RSR (penghidup elektrik) dan model RS (penghidup tendang) dengan 5 warna pilihan.
Model RSR didatangkan dengan warna merah Vivacity dan oren bersinar sementara model RS pula dengan warna merah Vivacity, ungu Mariana dan biru vital blue metalik.
Harga Honda Wave Dash bagi model RSR di atas jalan dengan setahun insurans adalah RM5,268 sebuah dan RM4,998 bagi model RS.
Bagi mereka yang berminat mendapatkan motosikal ini boleh cari di pengedar Honda yang sah mulai 15 Mei 2011 ini..
Secara peribadi, model ini menarik cuma tak berkenan tang lampu depan dia di badan. Nampak di bahagian kepalanya kosong. Kalau lampunya di kepala pasti lagi mengancam...
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~