Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Seniwati Mahyon Ismail Meninggal Dunia 21 May 2011



BREAKING NEWS


Pelakon veteran, Mahyon Ismail (ibu kepada pelakon Faizal Hussein & isteri kepada Husein Abu Hassan telah meninggal dunia di Hospital Pakar Ampang Puteri hari ini (21 May 2011).


Menurut sumber, Seniwati Mahyon Ismail  mengadu demam dan dibawa ke Hospital Pakar Ampang Puteri dan kemudian dipindahkan ke wad unit rawatan rapi (ICU) sebelum menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 12.30 tengah hari.


Seniwati Mahyon Ismail sempat menjalani penggambaran drama Serapah Darah Bulan Madu sebanyak 13 episod di Hulu Langat, Selangor minggu lalu.




Allahyarham yang dilahirkan di Tanjong Karang, Selangor mula berlakon filem pada awal 1960-an dan antara filem lakonannya berjudul Nasib Do Re Mi, Esok Masih Ada, Tiada Esok Bagimu, Bunga Padi Berdaun Lalang, Senja Merah serta Panglima Badul.


Hasil perkahwinannya dengan Hussein Abu Hassan Allahyarham dikurniakan tiga anak iaitu Fadila, 48, Fairuz, 46, dan Faizal, 44, serta lima cucu. 


Jenazah Allahyarham disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Danau Kota, Setapak Kuala Lumpur. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada roh Allahyarham dan di tempatkan di kalangan oarang-orang beriman.. Amin.. 


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~

Comments
2 Comments

2 comments:

Unknown said...

Al fatihah untuk arwah

ainhany said...

al fatihah

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget