Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



KEPUTUSAN PENUH


Nampaknya Arsenal belum mahu mengalah dalam misi merebut trofi Liga Perdana Inggeris apabila menang 1-0 ke atas Manchester United di Stadium Emirates. 


Agak mengejutkan apabila Cesc Fabregas tiada dalam kesebelasan utama Arsenal. Adakah Arsene Wenger mahu menguji pemain lain bagi mengisi ketiadaan Fabregas jika beliau berhijrah ke Barcelona ?




Pada separuh masa pertama, Arsenal mendominasi permainan. Walaupun banyak melakukan serangan ke kubu MU tetapi masih gagal menjaringkan gol.Ball possession Arsenal 68%-32% MU.


Pada separuh masa kedua, Arsenal menjaringkan gol menerusi Aaron Ramsey yang menerima lorongan bola dari Van Persie pada minit ke 56 sekaligus gol kemenangan perlawanan.




Walaupun MU memasukkan Dimitar Berbatov dan Micheal Owen untuk merobek benteng Arsenal namun pemain Arsenal kebal bertahan. Gol jaringan Ramsey kekal sehingga perlawanan tamat.


Nampaknya persaingan merebut trofi Liga Perdana Inggeris semakin terbuka antara MU, Chelsea dan Arsenal. Selepas ini MU akan menentang Chelsea pula.




Kalau MU kalah, Chelsea dan MU akan berkongsi mata. Arsenal pula perlu menang untuk next game untuk terus memberi cabaran kepada MU dan Chelsea..   


Ini dia kedudukan semasa liga 1 May 2011 selepas perlawanan Arsenal VS Manchester United (tidak termasuk keputusan perlawanan Manchester City VS West Ham United).





PREVIOUS ENTRY


Pastinya ramai yang tertunggu-tunggu keputusan perlawanan Arsenal VS Manchester United live English Premier League (EPL) dari Stadium Emirates 1 May 2011 ini kan. 


Boleh di katakan ini peluang terakhir Arsenal untuk menafikan kejuaraan yang semakin hampir dengan MU. Arsenal ketinggalan 9 mata di belakang MU. 


Jom kita lihat kedudukan semasa Liga Perdana Inggeris setakat 30 April 2011 :




MU pula perlu menang bagi menjarakkan diri dari Chelsea di tangga ke 2 yang dibezakan hanya 3 mata. MU hanya perlu menang 2 dari 4 perlawanan yang tinggal untuk di nobatkan juara musim 2010/2011. 


Pemain yang perlu diberi perhatian sepanjang perlawanan ini pastinya Wayne Rooney yang semakin menyengat sejak-akhir-akhir ini. 




Arsenal pula pastinya mengharapkan ketajaman Van Persie di depan pintu gol sambil perlu di sokong oleh Theo Walcott dan Samir Nasri untuk melorongkan bola.


Jom kita lihat kesebelasan utama kedua-dua pasukan untuk perlawanan ini :- 



 
Apa-apapun jangan lupa saksikan perlawanan Arsenal VS Manchester United live Liga Perdana Inggeris jam 9 malam 1 May 2011 ini di Astro ESPN saluran 812.


Keputusan @ result perlawanan ini akan di update di blog ini sejurus perlawanan tamat....


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~ 

Comments
1 Comments

1 comments:

Sharinginfoz said...

yes seronok tengok Arsenal menang

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget