Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Romeo Yang Kecundang...


Tiga ‘Romeo’ warga Pakistan kecut perut apabila diserang seorang wanita bersenjatakan pisau pemotong sayur di Taman Lembah Maju, Ampang

Semua bermula sejak beberapa bulan lalu apabila wanita terbabit tidak melayan kerenah ketiga-tiga ‘Romeo’ itu yang sering menggodanya kerana tertarik kecantikan selain susuk tubuh suri rumah itu yang menawan.

Biarpun menyedari wanita terbabit sudah berkahwin, namun mereka masih berdegil dan terus menggodanya sejak tiga bulan lalu. Disebabkan wanita terbabit tidak memberikan sebarang reaksi, mereka bersaing menawan hati wanita terbabit menggunakan pelbagai cara termasuk menggunakan beberapa lagi rakan mereka yang kacak dan menawan untuk memikat wanita itu, namun gagal.

Sumber berkata, disebabkan berdendam kerana usaha mereka itu gagal, ketiga-tiga mereka menyebarkan fitnah mendakwa wanita berkenaan curang kepada suaminya. “Mereka mendakwa suri rumah itu ‘makan luar’ setiap kali suaminya keluar bekerja.

Akibat tidak tahan di fitnah, wanita itu menyerang rumah "romeo" Pakistan itu dengan pisau. Ketiga-tiga lelaki itu bertempiaran lari bersembunyi dalam bilik. Difahamkan, wanita terbabit gagal memasuki rumah berkenaan kerana pintunya masih berselak walaupun sudah dibuka.

Sekumpulan anggota dari Balai Polis Pandan Indah, di sini, bergegas ke lokasi kejadian untuk mengawal keadaan selain berusaha memujuk wanita terbabit.

Wanita itu dan ketiga tiga "romeo" Pakistan itu di bawa ke Balai Polis untuk dirakam percakapan.

Bengang betul dengan gelagat Pak Hitam ni..Kian hari kian melampau..Kadang kadang terpikir gak macam mana dengan mudah mereka boleh masuk negara kita..Adakah penguatkuasaan badan badan berkaitan lemah atau kita yang terlalu mudah menerima "orang luar" dalam masyarakat kita..

Comments
1 Comments

1 comments:

Didi Nadhirah said...

huhuu tak macho langsung

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget