Semalam (15/1/20010) aku berjaya “menyempurnakan” misi pertama yg telah di amanahkan walaupun ada yang yang bagaikan tidak senang dgn pendekatan yang aku gunakan dan ada juga yg mengucapkan tahniah atas pencapaian ku..Biasa la dalam dunia ini bermacam macam warna hati walaupun rambut sama warna..
Peluang begini bagiku bukanlah selalu hadir dlm diriku. Oleh itu setiap saat pada ketika itu handaklah di gunakan sepenuhnya. Peluang hanya datang sekali dlm hidup. Peluang kedua bisa hadir tapi bagiku tidaklah semanis seperti peluang kali pertama. Inilah kemanisan yang lama aku rindukan. Kira kira hampir 3 tahun aku tinggalkan semua ini dan tidak ku sangka “kenangan semalam” menghidupkan kembali kemanisan yang pernah aku kecapi suatu ketika dahulu.
Walaupun “kenangan semalam” telah menjadi sejarah dan membuka lembaran baru dalam kamus hidupku, aku harus terus pandang kehadapan kerana banyak lagi rintangan dan halangan yang bakal aku tempuhi. Aku juga tidak boleh meletakkan “kenangan semalam” sebagai penanda aras dalam hidup ini kerana banyak lagi yang bakal ku tempuhi. Kemungkinan kenangan selepas ini bakal menjadi kenangan pahit dalam hidupku tetapi bagiku ianya ku anggap sebagai cabaran untuk aku terus berlari mangejar mimpi yang belum pasti.
Terima kasih buat kawan2 yang memahami dan memberi sokongan moral untukku. Belum pernah lagi rasa diri ini dihargai dan disanjungi sebegini. Apa pun terjadi aku harus “tinggalkan semalam” yang indah itu untuk aku terus bersedia untuk menghadapi cabaran mendatang; bertepatanlah dengan alamat blog ku ini www.tinggalkansemalam.blogspot.com. I think that all for me as mukadimmah. Sekian terima kasih.