Sebagai insan yang punya akal fikiran yang waras pastinya kita memilih yang terbaik dalam hidup ini. Contohnya kita memilih calon isteri yang pandai menjaga tatasusila, pandai memasak, pandai mengambil hati orang tua dn sebagainya. Pendek kata yang terbaik lah.Panjang pula kata teeeerrrrbaaaaaikkkk….
Fenomena graduan memilih untuk berkerja untuk kerajaaan bukan lah baru. Hampir setiap tahun, IPT awam atau swasta melahirkan hampir 300 000 graduan setahun. Cuba bayangkan 80% daripadanya mengharap dapat berkerja untuk kerajaaan dan anda adalah salah seorang darinya. Itu belum lagi mengambil kira pelajar yang mendapat tajaan kerajaan di dalam mahupun di luar negara Anda perlu bersaing dengan graduan yang lain untuk mendapat tempat. Dapatkan anda bersaing dengan graduan yang lain jika tiada persiapan yang rapi.. Oleh itu adalah penting untuk seseorang itu men”positioning”kan diri masing masing supaya menjadi lain dari yang lain.
Tidak di nafikan berkerja dengan kerajaan banyak faedahnya dari segi elaun, insentif, peluang kenaikan pangkat, bonus, cuti dan sebagainya. Ianya turut di tawarkan di sektor swasta tetapi beban tugas yang digalas oleh kakitangan kerajaan adalah lebih ringan berbanding di sektor swasta. Ini kerana sektor kerajaan hampir tiada persaingan berbanding sektor swasta
Faktor seterusnya yang aku kenalpasti adalah jaminan kerja. Berkerja dengan kerajaan adalah terjamin. Walaupun anda melakukan kesalahan anda mungkin dipanggil menghadap, mengisi borang salah laku dan di tukarkan tempat kerja sahaja. Tetapi bila anda berkerja untuk sektor swasta, tiada jaminan yang kukuh yang di tawarkan. Jika anda melakukan kesalahan, bersiapsedialah untuk dilucutkan jawatan, dikurangkan gaji atau dipecat. Sebab itu ada suara sinis yang mengatakan kerajaan sebagai majikan wajar dianugerahkan “World Best Employer in the World Forever”.
Bagiku berkerja untuk kerajaan atau swasta sama sahaja asalkan anda happy dgn apa yang anda lakukan dan anda tahu apa yang anda mahukan dalam hidup ini. Tak guna kalau terlalu memilih. Cermin cermin la diri anda sebelum memilih yang terbaik. Adakah anda cukup bagus untuk berada pada tahap itu.