
Dua surau di Muar menjadi sasaran dibakar awal pagi ini - sebuah daripadanya rosak teruk.
Dipercayai kejadian pertama berlaku di Kampung Sabok Awor pada kira-kira jam 3 pagi manakala surau kedua menjadi sasaran kira-kira 46 minit kemudian.
Katanya, surau kedua itu rosak teruk dengan permaidani, pintu dan tingkapnya terbakar.
Menurutnya, di surau pertama, hanya tirainya terbakar dan cermin tingkap pecah.
Dipercayai bahawa penyerangnya menggunakan minyak diesel untuk membakar tirai itu.
Seorang penduduk yang menyaksikan kejadian itu ketika menaiki sebuah kereta yang lalu di situ pada kira-kira jam 2.30 pagi tadi terus menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Mengenai sama ada ianya satu bentuk serangan ke atas surau tersebut biarlah pihak polis menyiasatnya.
Marilah kita bersama-sama menggesa pihak polis supaya mempertingkatkan lagi siasatan dan mekanisme pemantauan untuk membawa mereka yang bertanggungjawab melakukannya, ke muka pengadilan, dan bagi mengelak insiden yang sama daripada berulang, demi memelihara kehidupan harmoni di kalangan rakyat.
Ehsan: Malaysiakini
“Berhenti Panggil Saya Bekas Laki Erra Fazira” – Engku Emran
29 minutes ago



















