Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Akibat cinta dihalang, remaja terjun dari tingkat 14

Akibat cinta terhalang, seorang remaja perempuan nekad terjun dari rumahnya di Tingkat 14, Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, J Janaki, 14, terjun melalui balkoni belakang rumah selepas bertengkar dengan keluarganya.

Dia yang patah kedua-dua kaki dan cedera di kepala, ditemui mati di tingkat bawah rumah pangsa itu.

Perselisihan faham berlaku empat hari lalu selepas keluarganya mengetahui dia bercinta dengan seorang pemuda yang berusia 16 tahun.

Dia yang tidak bersekolah sering berjumpa dengan pemuda itu sebelum diketahui keluarganya yang tidak menyukai perhubungan mereka.

Bapanya yang berang, mengurung anaknya itu dalam rumah sejak beberapa hari lalu. Bagaimanapun, mereka masih berhubungan menggunakan telefon yang diberikan teman lelakinya.

Pada hari kejadian, bapanya menjumpai telefon bimbit itu dan mendapati ada khidmat pesanan ringkas (SMS) berunsur luahan cinta daripada kekasih anaknya itu.

Ketika bapanya cuba mendapatkan kepastian, berlaku pertengkaran antara dua beranak itu.

Selepas itu bapanya terdengar bunyi kuat seperti barang jatuh sebelum mendapati anaknya berlumuran darah terbaring di bawah rumah pangsa itu.

Iskh..iskh..iskh..adakah ini petanda kiamat sudah dekat? Umur baru 14 dah pandai bercintun..memang hebat..Tapi perlu ker sampai terjun bangunan?

Tapi sekurang-kurangnya ada juga yang meminati kamu kalau di bandingkan dengan aku kui..kui..kui..

Comments
4 Comments

4 comments:

Fyzal said...

tp dalam gmbr kat atas tu .. lelaki yang terjun... bukan pompuan.. hehehehe :D

Fiona said...

haha.pic tade kene mengena aku rasa.sbb macam indian je nama J JANAKI?

hurm.pape pun.keredhaan ibu bapa tu penting.Jangan tinggal family sebab cinta yang kita taktau sampai bila.kot tak bertahan.diri sendiri menyesal. =)

velasrizal said...

gambar tu cadangan sebagai perhiasan je hahaha..
mmg mangsa tu indian..gambr mangsa xde la plak dlm paper rini..

kalo org tua tak restu terima je la..kan org tua yang makan garam dulu..

Aini said...

kesian nye, bru 14 tahun, belum kenal dunia sebenar benarnya dah buat keputusan macam tu kerana cinta..=(

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget