Terdapat komuniti minoriti Mak Nyah di Malaysia yang dianggarkan lebih kurang 20,000 hingga 30,000 orang yang tidak diiktiraf kewujudan mereka. Malah kehadiran mereka dipandang negatif, dianggap satu penyakit sosial.
Mak Nyah di Malaysia sebenarnya menderita zahir dan batin bukan kerana identiti gender mereka sebagai seorang Mak Nyah tetapi akibat pandangan negatif masyarakat terhadap mereka.
Nyah digambarkan sebagai golongan yang terkutuk/berdosa, melanggar peraturan sejagat/hukum alam, celaru/keliru, mengamalkam budaya hidup songsang, sakit jiwa, tidak normal dan diberikan pelbagai label yang langsung tidak membantu Mak Nyah menjalani hidup secara positif dan menyumbang kepada pembangunan negara.
Kekeliruan atau kecelaruan identiti adalah istilah yang digunakan terhadap Mak Nyah. Lazimnya pakar pakar sakit jiwa melihat seorang Mak Nyah sebagai pesakit mental atau jiwa yang perlu rawatan. Sebenarnya rawatan yang mereka maksudkan ialah untuk menormalkan atau memulihkan atau menukar Mak Nyah menjadi seorang “lelaki sejati”.
Apabila Mak Nyah dilihat sebagai satu "masalah" maka secara automatik ruang untuk memahami atau mendekati mereka tertutup rapat dan segala inisiatif untuk membantu mereka dianggap bersubahat atau menggalakkan maksiat.
Pendek kata golongan atau orang yang bersimpati dengan nasib Mak Nyah akan dipandang serong atau dikecam kerana membantu orang yang dianggap berdosa dan "kambing hitam dalam masyarakat".
Memang tidak dinafikan ada juga insan yang ikhlas bersimpati dengan Mak Nyah namun jumlahnya amat kecil.
Hakikatnya, hidup seorang Mak Nyah amat pedih namun ia tidak perlu dikesalkan. Seorang Mak Nyah perlu menerima hakikat dirinya agar perjalanan hidupnya akan lebih tabah, yakin dan bersemangat.
1 Comments
1 comments:
-
-
Kalau beriya-iya nak sangat jadi perempuan tu, ambik je pisau potong anu kamu tu..
Tak payah yang menuduh masyarakat pandang serong pulak! - April 27, 2011 at 12:14 PM