Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Liverpool atau LiverFOOL...


Sebelum mengulas lebih lanjut tentang krisis yang melanda pasukan Liverpool dari kaca mataku, aku terlebih dahulu ingin meminta maaf pada penyokong pasukan Liverpool kerana menggunakan tajuk yang agak kasar.Bukanlah aku ingin menjadi hero atau tukang gempak tentang krisis prestasi Liverpool tetapi sekadar ingin berkongsi sedikit informasi dengan kalian semua.

Krisis prestasi Liverpool bermula sejak bermula musim baru Liga Perdana Inggeris. Kebanyakan pemain utama pasukan Liverpool mengalami kecederaan jangka masa panjang seperti kapten pasukan, Steven Gerrard, Fernando Torres, Glen Johnson, Yossi Benayoun dan lain lain. Ini adalah titik permulaan malang pasukan elit itu apabila pemain pemain lain gagal menyinar apabila tiadanya pengaruh besar dalam pasukan seperti Steven Gerrard and Fernando Torres dan kesannya, Liverpool tewas dalam 7 perlawanan liga setakat ini dan tersingkir secara memalukan dalam peringkat kumpulan Liga Juara Juara Eropah dan paling terkini tumpas di tangan Reading dalam Carling Cup.

Kini semua pihak menunding jari ke arah Rafael Benitez sebagai pengurus pasukan apabila Liverpool gagal menyinar apatah lagi untuk bersaing dengan Chelsea, Arsenal dan Manchester United untuk memburu takhta liga bahkan tiket untuk ke Liga Juara Juara Eropah musim hadapan juga masih tidak menentu.

Terbaru, Fernando Torres mendesak agar pemilik kelab agak memperuntukkan sedikit perbelanjaan untuk membeli pemain berstatus bintang agar Liverpool mampu bersaing sekurang kurangnya merebut tiket ke Liga Juara Juara Eropah musim hadapan. Meskipun sudah berjaya memikat Maxi Rodriguez dari Athletico Madrid tetapi Liverpool perlu lebih dari itu untuk terus bersaing. Bulan Januari sudah sampai ke pertengahan, masih ada masa untuk Rafael Benitez memikat pemain bintang yang lain untuk bersama mengibar bendera perjuangan kerana musim perpindahan pemain akan tamat penghujung bulan ini. Sama sama kita saksikan apakah langkah yang mampu Rafael Benitez lakukan..

Comments
4 Comments

4 comments:

Unknown said...

hi... nuff on... juz blog walking... btw, nice page!!!~~

velasrizal said...

thanks dude..

Surau Al-Ghafur said...

liverpool..you'll never walk alone...

Anonymous said...

Liverpool...
Liverkolam...
Liverpodah...
Liverlauk...
Ape lagii..ahaahha....

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget