Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Kenapa Kedai Mamak Jadi Pilihan..


Masyarakat kita mempunyai pandangan tersendiri mengenai kedai makan mamak dan kedai melayu. Sebut sahaja tentang kedai mamak, ramai yang menunjukkan mimik muka yang ‘menggelikan’ , khususnya kaum perempuan.

Berbeza pula dengan lelaki, yang biasanya lebih gemar memilih kedai mamak berbanding restoran-restoran Melayu. Namun, ada juga golongan perempuan yang gemar ke kedai mamak, dan ada juga lelaki yang tidak suka ke kedai mamak.

Bila bercerita tentang kedai makan, sama ada kedai mamak atau kedai melayu, ramai yang menyentuh soal kebersihan. Ramai yang lebih meragui kebersihan di kedai mamak, berbanding kedai melayu.

Sedangkan, soal kebersihan ini bukan terletak kepada kedai mamak atau melayu. Ia terletak pada sesiapa sahaja yang mementingkan kebersihan. Ada kedai mamak yang bersih, malah bertaraf hotel ‘first class’, dan ada juga kedai melayu yang ‘hampeh’.

Soalnya di sini, aku tidak mahu bercerita tentang kebersihan, tetapi lebih kepada ’service’ kedua-dua pemilik kedai makan tersebut.

Satu malam, aku berada di sebuah kedai Melayu, pelayan restoran mengambil masa hampir setengah jam untuk mengambil pesanan kami.

Selesai menghabiskan hidangan, aku terpaksa menunggu pengusaha kedai mencari wang kecil untuk memulangkan baki.Aduhai…sudahlah mengambil order lambat, terima makanan lambat, timbul pula masalah.

Aku perhati pula di kedai mamak. Jika kepada pelayan A kita order, pelayan yang sama juga menghantar pesanan kita. Jadi jarang berlaku kesilapan apa yang diminta. Malah, jika sudah selalu di kedai itu, mereka sudah tahu apa yang kita inginkan.

Teringat aku kata-kata seorang penceramah ketika menghadiri kursus perkahwinan empat tahun lalu…”Kadang- kadang isteri yang bertahun-tahun berkahwin masih bertanya suami, air apa yang dikehendaki. Sedangkan mamak di kedai, nampak kelibat pelanggan tetapnya, sudah tahu apa yang dicari!”

Adakalanya, bila melihat situasi seperti itu, kita akan sedar mengapa kedai-kedai mamak ini boleh ‘hidup’ lama, berbanding kedai-kedai melayu. Bukan tidak mahu menolong Melayu, tetapi…bagaimana ya?

Comments
5 Comments

5 comments:

zhrhtoodem said...

hehehehe
mungkin kot
geli jugak
tapi tade aa geli sangat

nan keema mamak sedap woooooooo

A.I said...

mapley...
haha, aku suke gak...
tapi nk mkn ringan2 jek..
nasi tak minat sgt..
hehehe..

Anonymous said...

mamak ok jgak kut.tapi memg suri sokong dengan tuan punya blog ni..

anim harizah said...

best ape kedai mamak???

Anonymous said...

tapi maybe isteri bertanya sebab takut2 suami nak tukar air lain plak kan....

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget