Beberapa hari lepas, saya ada membaca artikel tentang bahana Facebook. Sebuah firma guaman yang membuat pengkhususan dalam bab cerai-berai, menyatakanbahawa:
"Di United Kingdom, bagi setiap 5 petisyen penceraian yang difailkan, 1 daripadanyaTengok-tengok hari ini, rupa-rupanya sudah ada kes keretakan rumah tangga yang berlaku di Malaysia gara-gara Facebook. 14 tahun berkahwin, kemudian isteri menyertai Facebook untuk mencari rakan lama. Bila sudah berjumpa, semakin kerap main Facebook dan melayan rakan-rakan lelaki lama yang sudah pun jadi suami orang, akhirnya galak bergayut di telefon pula.
ada sangkut-paut dengan Facebook"
Ini sangat menyedihkan.
Dahulu kita pernah ada isu kes cerai melalui SMS. Boleh ke tak boleh. Sah ke tak sah. Tak lama lagi gamaknya kena ada fatwa tentang hukum menceraikan isteri melalui status Facebook. Benda ini sudah pun pernah dibuat oleh Neil Braddy pada awal tahun 2009 di UK. Status tersebut berbunyi:
"Neil Brady has ended his marriage to Emma Brady"Hal ini tak mustahil boleh berlaku juga di negara kita apabila semakin ramai rakyat Malaysia yang internet-savvy, contohnya makcik cleaner di tempat kerja kawan saya yang asyik bergaya dengan iPhone cap Apple-nya itu.
Tepuk dada tanyalah selera. Tapi kalau anda lebih kenal kawan-kawan Facebook berbanding jiran-jiran, anda memang ada masalah besar.
Heh, untuk nota sampingan, ingin aku khabarkan apa yang seorang Pak Tua beritahu aku:
"Sentiasa bersederhanalah dalam apa jua perkara (termasuklah bersederhana dalam sederhana itu sendiri)"