Penggunaan kad kredit memang seronok bagi mereka yang suka enjoy tetapi sebenarnya kredit kad nie ada bahaya kalau tersalah guna. Kad kredit boleh dianggap ALONG sekiranya hendak definasikan secara halus.
Mengikut analisa bank, interest yang dikenakan oleh bank ialah 17.5% setahun. ini bermakna pengguna kad kredit terjebak dalam permasalahan hutang kerana kebanyakkannya akan membuat bayaran minimum setiap bulan.
Katakan kredit limit anda RM4000, Sekiranya anda membayar secara minimum tahukah anda pengiraan untuk anda habis tempoh untuk membuat pembayaran kad berkenaan dalam tempoh 10-20 tahun..
Disini saya nak berkongsi sedikit tips pengurusan kad kredit secara bijak
1. Kenalpasti kad yang mana satu telah mencapai imbuhan hutang paling banyak
2. Pastikan anda menyediakan jumlah pembayaran dalam RM1000 - RM2000
3. Buat pembayaran semaksimum mungkin pada kad yang nilai tunggakan paling
tinggi
4. Langsaikan hutang pada kad berkenaan sehingga mencapai RM0.00. Kemudian
tumpu kepada kad lain yang masih ada tunggakan
5. Kawal nafsu anda dan katakan TIDAK kepada kad kredit. Gunakan ketika
kecemasan sahaja
6. Anda akan tersenyum bila anda mampu menyelesaikan tunggakan. Ini bermakna
anda bebas dari cengkaman ALONG TERHORMAT
Mengikut pengiraan sekiranya anda melaksanakan step di atas Insyallah tunggakan anda akan dapat di selesaikan dalam tempoh 1 1/2 tahun sahaja.
Oleh itu berbelanjalah mengikut kemampuan bukan NAFSU SERAKAH..
1 Comments
1 comments:
- Sharinginfoz said...
-
selagi boleh dielakkan cubalah sebab kalau tak boleh control padah yang kita dapat....
Macam Mana Nak Dapat Kepercayaan???
Thanks My Son - January 21, 2010 at 8:34 AM