Rebat RM200 Pembelian telefon pintar untuk belia telah diumumkan dalam Bajet 2013. Pemberian rebat RM200 untuk memberi telefon Pintar Untuk belia secara one-off atau bayar sekali bertujuan membuka akses untuk golongan belia melayari internet.
Belia berumur antara 21 hingga 30 tahun dengan pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah layak mendapat rebat RM200 Pembelian telefon pintar. Ini melibatkan sebanyak RM300 juta disediakan oleh kerajaan untuk memanfaatkan 1.5 juta belia.
Secara peribadi saya merasakan pemberian rebat ini ada manfaatnya untuk golongan belia. Nampak sangat kerajaan mahu 'memenangi' hati golongan ini yang bakal menjadi penentu pada Pilihanraya ke 13 nanti.
Namun saya merasakan kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu melantik agen terpilih bagi menjual telefon pintar 3G asli, kepada golongan belia yang menerima rebat RM200.
Ini kerana dengan adanya permintaan yang tinggi, bekalan telefon pintar 3G mungkin terjejas dan menyebabkan pengedar mengambil kesempatan menjual telefon yang tidak asli dan menaikkan harga sewenang-wenangnya.
Nasihat saya kepada mereka yang ingin membeli telefon 3G ini anda mestilah prihatin kerana apabila berlakunya pengalihan telefon biasa ke 3G ini akan melibatkan peningkatan kos antara 100 hingga 150% kerana adanya kemudahan seperti internet dan MMS (multimedia messaging service). So hati-hati ya...
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~~~~