Menurut JAKIM, kad kahwin bercetak ayat Al-Quran tidak boleh dibuang sesuka hati. Ini kerana perbuatan mencetak ayat al-Quran dan hadis Nabi S.A.W pada kad jemputan kahwin boleh menjejaskan kesucian Islam jika kad itu dibuang merata-rata.
Istilah suci dalam Islam seperti Bismillah, Assalamualaikum dan sebagainya tidak boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya kerana dikuatiri akan disalah guna dan diletak di tempat yang tidak sewajarnya.
Walaupun ada pihak yang meletakkan ayat-ayat suci al-Quran dan hadis pada kad jemputan kahwin mungkin berniat baik iaitu ingin memberi peringatan dan berdakwah kepada orang lain namun perbuatan sedemikian patut dielakkan.
Pihak Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) menyarankan jika menulis ayat Al-Quran dengan tujuan untuk memberi pengingatan hanya memadai dengan menulis maksudnya sahaja dalam tulisan rumi.
Secara peribadi saya bersetuju dengan saranan JAKIM. Memadailah dengan menulis maksud ayat tersebut sahaja pada kad kahwin. Pada masa yang sama, pihak yang menerima kad jemput kahwin yang tertulis ayat al-Quran harus bertanggungjawab dan menjaga kesucian ayat-ayat tersebut dengan tidak membuang bahan yang mengandunginya di merata-rata tempat...
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~~