Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Tips mengenali Peribadi Lelaki Melalui Facebook



Bagi sebahagian kamu hawa, lelaki adalah misteri. Susah mahu meneka keperibadian sebenar seseorang lelaki itu. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang merancang untuk lebih serius dalam perhubungan.  


Sebenarnya tak susah nak mengenali keperibadian lelaki. Caranya  ialah dengan melihat akaun Facebook nya.


Nak tahu tak bagaimana caranya kita dapat menilai keperibadian lelaki melalui melihat akaun Facebooknya ? Jom sama-sama kita terjah :-



1. Profile picture bersama selebriti 



  • Jika profile picturenya sedang ber'pose' dengan selebriti ini menunjukkan lelaki ini suka menunjukkan sesuatu yang boleh membanggakannya. Namun, dari aspek lain, dia juga lelaki yang mempunyai wawasan cukup luas, dan mempunyai banyak teman, terutama teman wanita. 



2. Profile picture dengan wanita cantik




  • Ada sesetengah lelaki suka meletakkan gambarnya bersama wanita yang cantik. Mungkin anda tertanya-tanya siapakah wanita tersebut. Boleh jadi, wanita itu adalah kakak, adik, atau sepupunya. Jika memang foto tersebut adalah ahli keluarganya, lelaki ini adalah lelaki yang mengutamakan keluarga. Namun, bila ternyata wanita cantik itu bukanlah saudaranya, hati-hati, dia mungkin seorang playboy. 



3. Selalu 'update' status



  • Status di Facebook adalah salah 1 kunci paling jelas untuk mengetahui keperibadiannya. Sebenarnya lelaki yang menulis sesuatu di statusnya ialah lelaki yang inginkan perhatian. Jika kebanyakan statusnya berbunyi keluhan, ia menunjukkan dia  orang yang emosional. Ini menunjukkan lelaki ini tidak boleh menguruskan hidupnya sendiri. Dan jika statusnya selalu mengkritik orang lain bererti dia termasuk jenis lelaki yang selalu inginkan kesempurnaan. 



4. Memiliki skor tinggi untuk setiap kuiz



  • Kalau dia memiliki skor kuiz yang tinggi ini bererti dia jenis lelaki yang kompetitif dan menyukai cabaran. Lelaki seperti ini mudah merasa bangga dengan pencapaiannya. Meskipun lelaki jenis ini memiliki sifat aktif dan reaktif tapi kekurangannya ialah tidak peka pada perkara penting seperti tarikh birthday anda. 



5. Mempunyai ribuan teman di Facebook



  • Jika lelaki itu memiliki ribuan teman di Facebook, ini menunjukkan bahawa dia memiliki jiwa sosial. Lelaki jenis ini percaya pada kemungkinan yang bakal berlaku dan bersikap optimis dalam perhubungan. 



6. Selalu menambah wanita sebagai teman di Facebook



  • Bila lelaki mempunyai teman baru di Facebook di kalangan wanita, hati-hatilah dengan seperti ini sebab seringkali wanita yang jadi temannya hanya dijadikan sebagai koleksinya saja. Boleh jadi lelaki ini adalah Playboy !



7. Hanya memiliki sedikit teman 



  • Lelaki seperti ini bukan bererti tidak punya teman. Sebenarnya ia menandakan bahawa dia jenis lelaki yang setia, meskipun agak sedikit tertutup. Dia tidak membiarkan banyak orang tahu perasaannya yang sebenar. Tetapi, jika dia ingin menyatakannya secara terbuka, dia akan jujur dengan perasaannya. Lelaki jenis ini adalah orang yang serius dalam perhubungan. 



Sebenarya memang mudah mengenali keperibadian sesorang itu dari Facebook tak kiralah sama ada anda aktif menggunakan Facebook atau tidak. 


Sedar atau tidak pasti ada di antara kita jatuh dalam kategori yang dinyakan di atas. Mungkin dari situ kita dapat menilai siapa diri kita dan dapat bermuhasabah.. 


Mungkin jalan terbaik untuk merahsiakan peribadi ialah cukuplah sekadar ada akaun Facebook yang menunjukkan kita tidak ketinggalan zaman..



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Comments
6 Comments

6 comments:

d_tieah said...

Jyeah!!! Memang senang kenal lelaki guna facebook.. Betul tu.. Ade sorang lelaki yang aku suka tengok dalam fb, sekali kawan dia beribu woo.. Ok fine, dia memang jambu.. Tapi yang kawan2 dalam fb semua lelaki berbadan sasa tak pakai baju.. Ade yang gambar part boxer je dll.. Opssssssss, bukan nak mengata tai hakikat.. Sekarang dia sembunyikan friends dia.. Hahaha..

*Pompuan plak camne ne ek??? Huhuhu..

amirah said...

menarik jugak tips ni velasrizal..

Sandokhan said...

member-member aku ramai yang kategori no.6 tuh...pfffttt!!!

OhMyLord said...

stylo la tips ni...
i choose no 3!haha

NOOR FATIN said...

wahh baru tauuuuuuu. hehe

- zuriey - said...

setuju sgt..huhu..yg bab playboy tu memang kena jaga2

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget