Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Diskaun Tol Aidilfitri 2011 : Diskaun Sehingga 37.5% !



Diskaun tol Hari Raya Aidilfiri antara 5% dan 37.5% pada 30 - 31 Ogos 2011 akan di berikan kepada pengguna-pengguna 24 buah lebuhraya bertol seluruh Malaysia sempena Aidilfitri tahun ini.


Lebuh Raya Latar yang baru dibuka telah memanjangkan tempoh laluan percuma tanpa tol sehingga 31 Ogos 2011 manakala pengguna Lebuh Raya LDP pula tidak akan dikenakan apa-apa bayaran pada Hari Kemerdekaan bermula 12 tengah malam sehingga 11.59 tengah hari.


Bagi mereka yang menuju ke Terengganu dan Kelantan, 3 laluan baru di  Lebuh Raya Pantai Timur Fasa Dua akan dibuka untuk mengurangkan kesesakan iaitu di :-

  • Persimpangan Bertingkat Bukit Besi ke Persimpangan Bertingkat Ajil sepanjang 42.4 km.

  • Bukit Payung Spur Road sepanjang 16.3 km.

  • Persimpangan Bertingkat Telemong ke Persimpangan Bertingkat Kuala Terengganu sepanjang 9.2 km.


Jom kita terjah 24 buah lebuhraya yang menawarkan diskaun tol Hari Raya Aidilfitri 30 - 31 Ogos 2011 ini :-

Lebuh Raya Utara Selatan (Plus), Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite), Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SPDH), Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura(Linkedua), Lebuh Raya Kulim-Butterworth (KLBK), Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP), Lebuh Raya Sistem Penyuaraian Trafik KL-Barat (Sprint), Lebuh Raya KL-Karak (KLK), Lebuh Raya Pantai Timur, Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuh Raya Koridor Guthrie (Guthrie), Lebuh Raya Kemuning Shah Alam (LKSA), Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya), Lebuh Raya Baru Pantai (NPE), Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas), Lebuh Raya Shah Alam (Kesas), Lebuh Raya Duta Ulu Kelang (Duke), Lebuh Raya Cheras Kajang (Grand Saga), Lebuh Raya Smart, Lebuh Raya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB), Lebuh Raya KL-Putrajaya (KLP), Lebuh Raya Lingkaran Kajang (Silk) dan Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE).


Apa yang di harapkan ialah dengan pemberian diskaun tol Hari Raya Aidilfitri 30 - 31 Ogos 2011 ini dapatlah membantu rakyat  memerangi kos kehidupan yang kian meningkat.


Memang pemberian diskaun tol Hari Raya Aidilfitri ini berita baik buat semua pengguna lebuh raya. Kepada semua yang akan pulang ke kampung halaman berhari raya nanti jangan lupa buatlah pemeriksaan kenderaan anda sebelum memulakan perjalanan sentiasalah berhati-hati di jalan raya...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~ 

Comments
4 Comments

4 comments:

amirah said...

tapi masanya takde ek velasrizal..syukur ada gak diskaun

d_tieah said...

Kat Sarawak takde tol.. Kat Miri ade tapi kat laluan Miri-Brunei arr..



Entry Terbaru : Orang Malaysia Bazir Dit Di Bazaar Ramadhan, Orang Somalia Mati Kelaparan

ParkAir said...

Nasib baik aku balik kelate tapaya jumpa tol. Jumpa gua musang je..

Sharinginfoz said...

kalau free lagi bagus

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget