Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted




KEPUTUSAN TERKINI : LEE CHONG WEI KALAH 22-20, 14-21, 21-23 VS LIN DAN
 PERLAWANAN AKHIR (FINAL) KEJOHANAN BADMINTON DUNIA


LATEST UPDATE


Pada set pertama, perlawanan berlangsung sengit di mana kedua-dua pemain mempamerkan aksi yang mengagumkan.Chong Wei mendahului permianan dari awal permainan sehinggalah kedudukan terikat 14-14. 


Walaupun Lin Dan mendahului 17-16 namun Chong Wei pantas mengembalikan rentak apabila kembali mendahului  20-17 namun kealpaan beliau menyebabkan Lin Dan mengejar sehingga 20-20.


Chong Wei yang menyedari hakikat itu  pantas menambah 2 mata lagi sekaligus menang set pertama 22-20.


Turut hadir menyaksikan perlawanan ini ialah Muhammad Asyraf Haziq iaitu pelajar Malaysia di London yang menjadi mangsa rusuhan Brittain.


Set kedua berlangsung dengan sengit sekali apabila kedua-dua pemain saling mendahului mata. Namun Chong Wei seakan hilang fokus apabila membiarkan Lin Dan mendahului 17-10.


Akhirnya set kedua menjadi milik Lin Dan apabila menang 21-14. Mereka akan bermian di set ketiga untuk menentukan siapa juara.



Set ketiga berlangsung dengan kedua-dua pemain bermain berhati-hati namun tetap mendebarkan apabila kedua-dua pemain tidak mahu mengaku kalah.


Akhirnya kejuaraan sah menjadi milik Lin Dan apabila menang 23-21 di set ketiga. Lin Dan Juara @ pemenang Kejohanan Badminton Dunia


Apa-apa pun tahniah buat Datuk Lee Chong Wei yang beraksi cemerlang sepanjang kejohanan ini cuma NASIB yang tidak menyebelahi beliau.





PREVIOUS ENTRY



Malam ini sekali lagi peminat badminton tanah air pastinya tertunggu-tunggu keputusan perlawanan Lee Chong wei VS Lin Dan live akhir (final) Kejohanan Badminton Dunia 2011 (14 Ogos 2011) yang berlangsung di Arena Tertutup Wembley di London. 


Pada separuh akhir, Lee Chong Wei mengenepikan pilihan keenam Chen Jin dari China 21-13, 21-9 manakala Lin Dan menewaskan Peter Gade 22-24, 21-7, 21-15. 


Ini peluang terbaik buat Chong Wei untuk bergelar Juara Kejohanan Badminton Dunia kerana Chong Wei beliau terpaksa menunggu 2 tahun lagi sekiranya mahu memenanginya kerana kejohanan tahunan itu tidak dilangsungkan tahun depan berikutan penganjuran Sukan Olimpik 2012. 


Untuk rekod, ini kali pertama Chong Wei melangkah ke pentas akhir Kejohanan Badminton Dunia selepas 6 tahun GAGAL di peringkat suku akhir.  


Jangan lupa saksikan perlawanan antara Lee Chong Wei VS Lin Dan siaran langsung (live) akhir (final) Kejohanan Badminton Dunia di London 2011 di TV2 dan Astro Arena saluran 801 jam 7 petang 14 Ogos 2011 ini.


Keputusan @ result perlawanan Lee Chong Wei VS Lin Dan ini akan dikemaskini di blog Aku Dan Sesuatu ini sejurus perlawanan tamat...


P/S :- Sementara menantikan perlawanan ini berlangsung apa kata jom kita bancuh air Nescafe untuk berbuka puasa..




Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Comments
1 Comments

1 comments:

Zura said...

suke tgk drg berentap..musuh tradisi..

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget