Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



Ramai yang dah tahu Muhammad Asyraf Haziq Rosli merupakan pelajar Malaysia yang menjadi mangsa rusuhan di London baru-baru ini. 


Muhammad Asyraf Haziq Rosli, 20, pelajar tahun pertama pengajian perakaunan tajaan Mara di Kolej Kaplan, patah gigi dan cedera di rahang apabila diserang dan disamun sekumpulan lelaki yang terbabit dalam rusuhan ketika beliau dan rakannya menunggang basikal untuk pulang berbuka puasa.


Beliau diserang di kawasan yang sangat bahaya walaupun sebelum rusuhan bermula. Rakan-rakan Mohd Asyraf berjaya menyelamatkan diri tetapi dia diserang. Dia kini dirawat di Royal London Hospital.


Kejadian yang menimpa beliau sempat dirakam menggunakan kamera amatur. Jom kita tonton kejadian yang menimpa Muhammad Asyraf Haziq Rosli ini :-



 



Inilah kenyataan rasmi dari  pelajar Malaysia yang menjadi mangsa rusuhan di London ini :- 

Ini kejadian paling mencemaskan dalam hidup saya dan berlaku pantas. Saya menaiki basikal tiba-tiba dikerumuni 20 lelaki berpisau yang mahu merampas basikal. Mereka kemudian menyeluk poket seluar dan mengambil telefon bimbit. 

Mereka menumbuk di dagu dan rahang hingga berdarah. Saya tidak tahu apa yang berlaku selepas itu dan apabila tersedar, saya terduduk di kaki lima dengan mulut berdarah. 

Walaupun berbeza latar belakang kaum, agama mahu pun warna kulit, warga London menunjukkan keprihatinan terhadap nasib malang yang menimpa penuntut Malaysia, Muhammad Asyraf Haziq Rosli.


Ini terbukti dengan wujudnya laman web yang menggunakan tagline: 'Let's Do Something Nice For Ashraf Haziq' yang mencadangkan agar satu kutipan dana dibuat bagi membantu Ashraf dan satu ruangan undian kepada pelawat memilih cadangan terbaik bagi membantu penuntut malang itu.



Moral of the story is sentiasalah berhati-hati di tempat awam tak kiralah anda di negara sendiri atau di luar negara. Kalau berlaku kekacauan atau rusuhan elakkan dari keluar dari rumah. Jangan keluar berseorangan kerana mudah menjadi sasaran perusuh.


Marilah sama kita doakan keselamatan dan kesejahteraan beliau dan seluruh rakyat Malaysia yang berada di Brittain agar dijauhkan dari kejadian yang tidak diingini... 



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~

Comments
7 Comments

7 comments:

amirah said...

betul..bahaya kalau keluar waktu keadaan mcm tu

ejaMaria said...

kesian budak tu...

Nazz@Purple said...

ade hikmah disebalik ape yg terjadi pd asyraf..semoga dia cpt sembuh..

Sandokhan said...

20 lawan 1. Memang lunyai la. Apapun, gua suka ayat nie,

"I THINK IT WOULD BE NICE IF WE DID SOMETHING TO SHOW ASHRAF AND HIS FAMILY THAT WE ARE NOT ALL SCUMBAGS AND DICKHEADS"

lol

Muaz Faris said...

post terbaru saya dah link kan ke blog ni..just untuk rujukan perkataan asyraf haziq

http://www.muazfaris.com/2011/08/kuasa-laman-sosial-dalam-rusuhan-di.html

Cinta Misteri said...

Allah sedang berbicara dengan mu wahai Asyraf Haziq

http://cintaitumisteri.blogspot.com/2011/08/tragedi-ramadhan-asyraf-haziq-rosli.html

adylla fauzi said...

kesian asyrf~...

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget