Rupanya rebat RM200 pembelian telefon pintar (Smartphone) dalam Bajet 2013 adalah untuk untuk telefon pintar (smartphone) yang berharga maksimum RM500 sahaja !
Ini disahkan oleh Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) yang telah mengeluarkan iklan khas bagi pemberian rebat RM200 telefon pintar (smartphone) ini di mana 1.5 juta golongan belia di Malaysia.
Permohonan untuk rebat adalah terbuka dari 1 Januari hingga 31 Disember 2013 dan para belia yang berminat boleh memohon melalui laman web Suruhanjata Komunikasi Malaysia iaitu di www.skmm.gov.my
Jom kita terjah syarat-syarat pemberian rebat RM200 untuk belia membeli telefon pintar (smartphone) :-
Apa pendapat anda apabila SKMM menetapkan pemberian rebat RM200 untuk membeli telefon pintar (smartphone) hanyalah untuk yang berharga maksimum RM500 sahaja?
Secara peribadi saya merasakan syarat ini tidak relevan kerana harga telefon RM500 ke bawah untuk telefon pintar adalah terlalu murah kerana kebanyakannya telefon pada harga demikian adalah versi lapuk Android dengan skrin sentuh yang kurang memuaskan.
Secara peribadi saya merasakan syarat ini tidak relevan kerana harga telefon RM500 ke bawah untuk telefon pintar adalah terlalu murah kerana kebanyakannya telefon pada harga demikian adalah versi lapuk Android dengan skrin sentuh yang kurang memuaskan.
Yang ada smartphone yang berharga RM500 ke bawah ialah Samsung Galaxy Y dan Nokia Lumia 610 atau mungkin smartphone "made in China". Majoriti smartphone yang berkualiti baik biasanya berharga RM800 ke atas.
Kalau ada yang teringin nak dapat rebat RM200 ini tapi nak pakai Samsung Galaxy Note 2 atau iPhone 5 lupakan je lah ye.
Dengar cerita ramai yeng memperlekehkan syarat yang ditetapkan oleh SKMM ini di blog, forum dan laman sosial. Diharapkan selepas ini pihak kerajaan mempertimbangkan semula syarat ini sekurang-kurangnya harga silingnya perlu dinaikkan kepada RM1,000....
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~~~~