Tarikh pilihan raya kecil DUN Galas (N45) ialah pada 4 November 2010 (khamis) manakala tarikh penamaan calon pula pada 26 Oktober 2010 (selasa). Perkara ini di umumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 1 sidang media.
Kerusi DUN Galas kosong selepas kematian penyandangnya, Chek Hashim Sulaima, 48, akibat barah usus, 27 September lalu.
Untuk rekod, pada Pilihan Raya Umum 2008, Chek Hashim mendapat 4,399 undi menewaskan penyandang dari Barisan Nasional (BN), Mohd Saufi Deraman (3,753 undi) dengan majoriti 646 undi.
Galas terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang bersama DUN Nenggiri dan DUN Paloh.
Adios~~~~