Hari ini Harian Metro menyiarkan seorang kerani di calarkan keretanya oleh ulat parking kerana enggan membayar sejumlah wang kepadanya. Mangsa mempertikaikan kenapa perlu dia membayar sedangkan tempat itu mempunyai mesin parking automatik.
Kerana enggan membayar, kereta mangsa dicalarkan. Mangsa kemudian membuat laporan kepada DBKL dan polis. Malangnya mangsa tidak mendapat bantuan sepenuhnya dari pekerja DBKL.
Dipercayai ulat parking aktif di beberapa tempat tumpuan orang ramai sekitar Kuala Lumpur seperti Chow Kit, Bukit Bintang dan Puduraya.
Aku juga pernah mengalami situasi seperti ini. Kononnya dia adalah penjaga parking di kawasan itu sedangkan parking di situ adalah percuma. Oleh sebab aku ni pengguna motorsikal maka mudahlah aku mencari tempat parking lain yang tiada ulat parking.
Bukan masalah berkira sangat sebab biasanya mereka ni mintak RM1 je tapi bayangkan jika diorang ni adalah penagih dadah. Duit itu akan di gunakan untuk membeli dadah. Kalau sejam diorang boleh dapat RM50, bagaimana kalau 8 jam, bagaimana pula kalau sebulan. Silap-silap kalah gaji kita. Dan kemungkinan mereka menggunakan duit itu untuk membeli dadah adalah tinggi.
Oleh itu marilah kita sama-sama boikot ulat parking ni. Bagi pengguna motorsikal mungkin mudah mencari parking yang lain tetapi kereta ni susah sikit kerana tempat adalah terhad. Tapi anda boleh menggunakan pengangkutan awam sebagai alternatif. Harap pihak berkuasa bertindak tegas terhadap permasalahan ini seperti membanteras ulat tiket suatu ketika dahulu..
Adios..