Ini bukanlah isu baru. Bahkan isu ini pernah di bincang dalam parlimen. Ada ura-ura pelajar lelaki akan di tawarkan lebih banyak tempat di universiti kerana statistik menunjukkan pelajar perempuan mendominasi 70% dari jumlah keseluruhan pelajar di universiti.
Di mana pelajar lelaki? Ada nada sinis menjawab lelaki lebih tertumpu di pusat serenti. Adakah itu jawapan sebenarnya? Mungkin ada kebenarannya tapi bukanlah golongan ini bukanlah mewakili jumlah majoriti.
Hasil tinjauan, kebanyakan pelajar lelaki melahirkan rasa bosan dan tidak begitu selesa dengan sistem pendidikan negara yang didakwanya tidak praktikal.
Sistem persekolahan bermula dari sekolah rendah yang disogokkan dengan ‘belajar untuk lulus periksa'. Pembelajaran yang lebih tertumpu kepada membaca dan menghafal dilihat tidak relevan dan tidak memenuhi minat mereka.
Kecenderungan lelaki sebenarnya lebih menjurus kepada kemahiran. Mereka tidak suka membaca dan menghafal yang akhirnya 'dimuntahkan' atas kertas jawapan peperiksaan.
Oleh disebabkan itu, kebanyakan penuntut lelaki mencari jalan keluar dengan memilih bidang pekerjaan atau melanjutkan pengajian di institusi lain seperti Institut Kemahiran, Institut Latihan Perindustrian (ILP), politeknik dan sebagainya.
Keadaan ini berbeza dengan pelajar perempuan yang kelihatannya lebih berminat serta tekun untuk membaca dan menghafal segala fakta dan teori yang terkandung dalam buku teks.
Walaupun ada asasnya dakwaan ini, bagi aku pelajar yang hebat dalam akademik tidak dinafikan banyak yang gagal dalam mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam dunia pekerjaan sebenar. Kaedah pembelajaran “kakaktua” ini bukanlah sesuai lagi dalam keadaan sekarang.
Fikir-fikirkanlah..
Adios~~~