Senarai harga barang kawalan Hari Raya Aidilfitri 2012 akan dikuatkuasakan mulai 12 Ogos hingga 26 Ogos 2012 di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2012.
Maklumlah Hari Raya Aidilfitri 2012 kan dah dekat oleh itu permintaan terhadap bahan asas makanan meningkat 2 kali ganda berbanding hari biasa.
Apabila permintaan melebihi penawaran ini akan mengakibatkan peniaga mengambil kesempatan untuk mencari keuntungan lebih dengan menaikkan harga barangan.
Oleh itu memang tepat pada masanya skim kawalan harga musim perayaan Hari Raya Puasa 2012 di laksanakan setiap kali hari raya. Jom kita terjah senarai harga 20 barang kawalan Hari Raya Aidilfitri 2012 ini :-
- Ayam hidup : RM5.70
- Ayam standard yang disembelih dan dibersihkan beserta kaki, kepala, hati dan hempedal : RM6.80
- Ayam super yang disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal : RM7.60
- Daging lembu tempatan : RM22.00
- Daging lembu import-harga maksimum di Sarawak sahaja : RM24.00
- Daging kerbau tempatan : RM21.00
- Daging kerbau import India : RM13.50
- Telur ayam gred A : RM0.35 sen
- Telur ayam gred B : RM0.34 sen
- Telur ayam gred C : RM0.33 sen
- Kubis bulat import-Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing : RM3.20
- Cili merah : RM10.00
- Tomato : RM4.50
- Kelapa parut-harga maksimum di peringkat runcit sahaja : RM6.00
- Kacang tanah import : RM6.50
- Bawang merah kecil India : RM5.00
- Bawang besar import : RM2.50
- Bawang putih China : RM7.50
- Ubi kentang import China : RM3.00
- Ikan kembung : RM12.00
Yang pasti tindakan tegas akan diambil mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 terhadap peniaga atau pemborong yang gagal mematuhi peraturan di bawah skim ini.
Kementerian juga sudah memberi JAMINAN yang barangan keperluan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri kali ini mencukupi. Oleh itu tak perlulah kita membuat pembelian secara panik kerana ini juga boleh menyebabkan peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga.
Apa-apa pun yang penting adalah sentiasalah membuat semakan senarai harga barang kawalan Hari Raya Aidilfitri 2012 untuk mengelakkan dari ditindas oleh peniaga. Sama-samalah kita menjadi pengguna yang BIJAK !
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~