Cuti umum Hari Raya Aidilfitri 2012 kali ini jatuh pada 19 Ogos 2012. Walaubagaimanapun cuti Hari Raya Aidilfitri 2012 masih tertakluk kepada pengisytiharaan Hari Raya Puasa yang akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu.
Jika tiada aral melintang umat Islam di Malaysia akan meraikan Aidilfitri pada 19 Ogos ini. Jika ini berlaku, cuti Hari Raya pertama yang jatuh pada hari ahad akan dibawa ke isnin (20 Ogos) dan cuti Hari Raya kedua yang jatuh pada hari isnin dibawa ke hari selasa (21 Ogos).
Orang ramai dijangka pulang ke kampung halaman mulai 16 & 17 Ogos memandangkan tarikh berkenaan telah diisytiharkan cuti sekolah berganti.
Bagi yang tiada anak bersekolah dan tidak mengambil cuti awal, kebanyakan mereka akan pulang ke kampung halaman bermula jumaat 17 Ogos selepas habis berkerja.
Orang ramai dijangka mula pulang ke kota pada Hari Raya ke 3 memandangkan hari rabu (22 Ogos) pejabat akan kembali dibuka.
Namun ada yang mengambil cuti 3 hari lagi sehingga hari jumaat dan pulang ke kota pada hari ahad 26 Ogos 2012 sekaligus melangkapkan cuti raya 1 minggu lamanya.
Secara peribadi saya merasakan cuti sekolah berganti pada 16 Ogos dapat membantu mengurangkan kesesakan jalan raya pada petang jumaat dan pagi sabtu. Ini kerana limpahan kenderaan di jalan raya akan mengundang kemalangan kerana masing-masing bersaing untuk sampai cepat ke destinasi memandangkan raya semakin hampir.....
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~~~~