Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted
Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts



Majlis Perkahwinan Ustaz Azhar Idrus kali ke 3 telah berlangsung pada 26 Mei 2013. Berita perkahwinan  Ustaz Azhar Idrus ini membuatkan ramai yang terkejut dengan perkhabaran ini. 


Menurut sumber, Ustaz Azhar Idrus (UAI) selamat diijabkabulkan dengan anak saudara Tn Hj Omar bin Tahar, Ketua Cawangan Keramat Permai AU 1, Hulu Klang, Gombak, sekaligus menjadikan perkahwinan ini perkahwinan ke 3 beliau.


Jom kita terjah antara gambar-gambar yang sempat di rakam pada majlis ini.  




Kini penyebaran mengenai berita perkahwinan UIA sudah pun menghiasi laman-laman sosial Facebook (FB) dan blog. Maklumlah selebriti agama yang paling popular di Malaysia. 


Ustaz Idrus, dilahirkan di Ladang, Kuala Terengganu, pada 1964, popular dalam kalangan semua peringkat usia. Belia juga digelar 'Ustaz Youtube' kerana banyak program ceramah dan soal jawab dengan beliau dimuat naik ke laman tersebut.


Beliau bukan sahaja berjaya menarik generasi muda, malah turut menarik orang ramai untuk datang mendengar ceramah yang sering beliau adakan di seluruh negara.



\
Barakallahula kuma wabarakah alaikuma wajamaa bainakuma fi khair Ustaz Azhar Idrus dan isteri :)



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Insentif Perkahwinan Belia RM200 Negeri Selangor 2013



Insentif Perkahwinan Belia RM200 negeri Selangor 2013 kini sudah boleh dimohon. Borang Insentif Perkahwinan Belia RM200 negeri Selangor boleh dperolehi di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor atau di Pejabat Agama Islam Daerah. 


Jom kita terjah antara syarat-syarat permohonan program Insentif Perkahwinan Belia RM200 negeri Selangor ini :- 

  • Perkahwinan kali pertama.
  • Tiada syarat seperti penilaian gaji pasangan akan diambil kira.
  • Permohonan hanya untuk belia yang berkahwin bermula Januari 2013 dan berusia tidak lebih 35 tahun .
  • Pendaftaran perkahwinan di buat di Jabatan Agama Islam Negeri Selangor atau Jabatan Pendaftaran Negara.
  • Hanya anak kelahiran Selangor layak menerima hadiah insentif ini yang berupa wang simpanan Tabung Haji bagi yang beragama Islam dan bagi bukan Islam akan diberikan sijil simpanan premium Bank Simpanan Nasional (BSN).

Hmm untung anak negeri Selangor. Kahwin pun boleh dapat RM200 kerajaan negeri bagi. Mungkin ini adalah satu inisiatif yang baik untuk menggalakkan belia berkahwin dari melakukan maksiat dan meringankan kos sara hidup selepas berkahwin


 Harap-harap negeri lain juga ada inisiatif begini bagi menggalakkan belia berkahwin...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Majlis Pernikahan Khairul Fahmi Che Mat (Apek) Dan Liuniey Natasha telah berlangsung baru-baru ini. Majlis Pernikahan Khairul Fahmi dan Liuniey Natasha ini telah berlangsung di Pasir Pekan, Kelantan pada 28 November 2012.


Khairul Fahmi, 23, atau lebih dikenali sebagai Apek dan Leuniey, 21, dinikahkan oleh Imam Masjid Pasir Pekan, Abdul Ghani Abdul Mutalib dengan disaksikan oleh kira-kira 2,000 tetamu termasuk ahli keluarga kedua-dua mempelai serta para peminat di rumah keluarga pengantin perempuan.


Jom kita terjah gambar majlis pernikahan Khairul Fahmi dan Liuniey Natasha :-





Dalam majlis ini, Apek menyerahkan wang hantaran berserta mas kahwin berjumlah RM19,000 sempena nombor jersi 19 yang dipakai dalam skuad Harimau Malaya bersama tujuh dulang hantaran berbalas tujuh.





Menurut Apek, beliau memilih Leuniey kerana dia sangat memahami karier beliau yang terlalu sibuk. Buktinya Leuniey faham dengan keadaan walaupun beliau pulang untuk membuat persediaan hanya sehari sebelum majlis berlangsung.


Untuk rekod, Khairul Fahmi merupakan penjaga gol pasukan Kelantan dan skuad bolasepak kebangsaan Malaysia. 




Majlis resepsi pengantin perempuan diadakan pada 30 November 2012 di Hotel Renaissance, Kota Bharu manakala pengantin lelaki pula di rumah keluarga Khairul Fahmi di Cherang dekat sini pada 5 Januari 2013.


Tahniah buat Apek dan Leuniey. Semoga kekal ke anak cucu. Buat awek-awek yang minat gila kat Apek ni selamat melelehkan air mata ya....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~



Majlis Perkahwinan Datuk Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo telah berlangsung pada 9 November 2012. Majlis Perkahwinan Datuk Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo ini berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). 


Kira-kira 1,000 tetamu kenamaan yang hadir ke majlis ini. Turut berangkat, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu‘adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah serta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


Chong Wei, 30, tampil berpakaian segak tuksedo hitam rekaan pakar sut lelaki ternama, Lord’s Tailor manakala Mew Choo, 29, pula mengenakan gaun pengantin serba putih.


Beregu badminton No. 1 negara, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong antara 6 sahabat yang dipilih Chong Wei membentuk pasukan pengiring pengantin lelaki.




Empat lagi adalah 2 bintang badminton, Gan Teik Chai dan Khoo Chung Chiat selain 2 sahabat karibnya, Yap Khean Boon dan Sunny Ang. Di sebelah pengantin perempuan, Mew Choo juga membariskan 6 pengapit terdiri daripada sahabatnya.


Untuk rekod, pasangan Chong Wei dan Mew Choo, yang sudah menjalin hubungan cinta sejak 11 tahun lalu akan mengadakan majlis resepsi kedua mereka di KLCC 10 November 2012.


Majlis resepsi ini akan diadakan secara tertutup itu akan melibatkan 1,500 ahli keluarga serta kenalan rapat kedua-dua mempelai.


Apa-apa pun Selamat Pengantin Baru buat  Datuk Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo. Semoga bahagia ke akhir hayat hendaknya....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Majlis Perkahwinan Ustaz Don Daniyal Dan Husna Zahry



Majlis perkahwinan Ustaz Don Daniyal dan Husna Zahry telah pun berlangsung baru baru ini. Majlis perkahwinan Ustaz Don Daniyal dan Husna Zahry ini berlangsung di Balik Pulau, Pulau Pinang pada 23 Ogos 2012.


Majlis perkahwinan Ustaz Don untuk sebelah lelaki akan diadakan pada 1 September 2012 di Dewan Kuis. Tak pula dinyatakan pula berapa jumlah hantaran dari kedua-dua belah pihak pengantin.


Jom kita terjah gambar  Majlis perkahwinan Ustaz Don Daniyal dan Husna Zahry  :-




Biodata Ustaz Don :-

  • Nama sebenarnya Don Daniyal Don Biyajid
  • Don yang kini bekerja sebagai tenaga pengajar di Kolej Universiti Islam Selangor 
  • Mempunyai keluarga di sebelah ibu di Kampung Dodol sementara sebelah bapanya pula di Gelugor
  • Mula bersekolah di Sekolah Kebun Sireh Bukit Minyak kemudiannya menyambung pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal.
  • Menyambung diploma di Maahad Tahfiz Pulau Pinang dan ke Maahad Qiraat Shoubra Mesir.
  • Ceramah yang disampaikan melalui kuliah-kuliah agamanya mula popular melalui laman Youtube sehingga ke laman sesawang Facebook, namun kini dia sudah pun menyampaikan ceramah dan mempunyai peminat yang tersendiri






Ustaz Don dan Husna nampak sama cantik dan sama padan di hari bahagia mereka ini. Apa-apa pun Selamat Pengantin Baru kepada Ustaz Don Daniyal Dan Husna Zahry. Semoga kebahagiaan ini akan menjadi milik mereka selama-lamanya...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget