Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



BREAKING NEWS


Robin Van Persie sah berpindah ke Manchester United dari Arsenal dengan yuran perpindahan sebanyak £24million. Robin Van Persie yang berpindah ke Manchester United akan menerima gaji sebanyak £250,000 seminggu dengan kontrak selama 4 tahun. 


Untuk rekod, Van Persie telah menjaringkan 37 gol untuk Arsenal dalam semua pertandingan musim lalu. Anda boleh melihat kelibat Van Persie bermain untuk Red Devils pada perlawanan sulung Liga Perdana England menentang Everton pagi Isnin ini.


Van Persie akan menggunakan jersi bernombor 20. Kini Manchester United memiliki 4 penyerang berbisa iaitu Wayne Rooney, Van Persie, Javier Hernandez dan Danny Welbeck 


Gandingan 'The Fantastic 4' ini mengingatkan Sir Alex Ferguson pada 4 penyerang berbisa Manchester United pada 1999 iaitu Teddy Sheringham, Dwight Yorke, Andy Cole dan Ole Gunnar Solskjaer.




Van Persie bertekad untuk meninggalkan Arsenal selepas skuad The Gunners sekadar menduduki tempat ketiga dalam saingan liga musim lalu.


Van Persie yang menyertai Arsenal pada tahun 2004 masih mempunyai baki kontrak selama setahun di kelab itu. Pada Julai lalu, dia membuat kejutan apabila mendedahkan untuk tidak menyambung kontrak kerana tidak gembira dengan arah tuju kelab itu.


Arsenal telah kehilangan beberapa pemain utama antaranya ialah Samir Nasri, Cesc Fabregas, Gael Clichy, Emmanuel Adebayor dan Kolo Toure kerana tidak pernah memenangi trofi utama. Kali terakhir Arsenal merangkul trofi ialah Piala FA pada 2005.


Selamat Maju Jaya untuk Robin Van Persie di Manchester United. Secara peribadi saya merasakan sudah sampai masanya Arsenal merubah polisi kelab itu jika tidak mahu lagi kehilangan nama besar dalam kelab dari London itu....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Comments
0 Comments

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget