Keputusan undian kumpulan Liga Juara Juara Eropah (UEFA Champions League) 2012/2013 telah pun diumumkan. Majlis undian kumpulan Liga Juara Juara Eropah (UEFA Champions League) 2012/2013 telah berlangsung di Monaco, Perancis
Majlis undian kumpulan Liga Juara-Juara Eropah (UEFA Champions League) 2012/2013 ini telah dihadiri oleh wakil kelab-kelab dan lagenda bolasepak antarabangsa.
Jom kita terjah keputusan undian kumpulan Liga Juara Juara Eropah (UEFA Champions League) 2012/2013 :-
- Group A: Porto, Dynamo Kiev, Paris Saint-Germain, Dinamo Zagreb.
- Group B: Arsenal, Schalke 04, Olympiacos, Montpellier.
- Group C: AC Milan, Zenit St. Petersburg, Anderlecht, Malaga.
- Group D: Real Madrid, Manchester City, Ajax, Borussia Dortmund.
- Group E: Chelsea, Shakhtar Donetsk, Juventus, Norsjaelland.
- Group F: Bayern Munich, Valencia, Lille, BATE Borisov.
- Group G: Barcelona, Benfica, Spartak Moscow, Celtic.
- Group H: Manchester United, Braga, Galatasaray, CFR Cluj.
Melihat kepada keputusan undian kali ini, kumpulan D boleh di anggap sebagai kumpulan 'MAUT' di mana menemukan Juara Liga Perdana Inggeris (Manchester City), Juara La Liga Sepanyol (Real Madrid), Juara Liga Eredivise Belanda (Ajax Amsterdam) dan Juara Bundesliga Jerman (Borussia Dortmund).
Perlawanan peringkat kumpulan akan bermula pada 18 September - 5 Disember 2012. Peringkat kalah mati akan berlangsung pada tahun hadapan manakala perlawanan akhir (Final) Champions adalah pada 25 May 2013 yang akan berlangsung di Stadium Wembley London, England.
Bagaimana nasib pasukan pilihan anda dalam undian kali ini? Ada peluang tak untuk mara ke peringkat seterusnya? Teruskan bersama Blog Aku Dan Sesuatu untuk mengetahui informasi terkini Liga Juara Juara Eropah yang akan dibawakan dari masa ke semasa...
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~~