Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted
Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts



Keputusan Undian Suku Akhir Liga Juara Juara Eropah (UEFA Champions League) 2014/2015 telahpun diketahui. Keputusan undian Suku Akhir Liga Juara Juara Eropah (UEFA Champions League) 2014/2015 ini telah berlangsung di pejabat UEFA di Nyon Switzerland.


Undian suku akhir (quater final) ini telah dibaut oleh lagenda bola sepak Portugal, Luis Figo selaku duta perlawanan akhir Liga Juara Juara Eropah 2014/2015 yang akan berlangsung di Lisbon, Portugal.  


Inilah dia keputusan undian Suku Akhir Liga Juara Juara Eropah (UEFA Champions League) 2014/2015 :-

  • Barcelona VS Athletico Madrid
  • Real Madrid VS Borussia Dortmund
  • Paris Saint Germain VS Chelsea
  • Manchester United VS Bayern Munich

Suku Akhir pertama akan berlangsung pada 1 dan 2 April 2014 manakala suku akhir kedua akan berlangsung pada 8 dan 9 April 2014.


Jangan lupa saksikan Suku Akhir Liga Juara Juara Eropah (UEFA Champions League) 2014/2015 yang pastinya menjanjikan persaingan yang menarik !



Velasrizal Rodriguez




Adios~~~~~~

Keputusan Formula 1 (F1) Grand Prix Malaysia 2013



Keputusan Formula 1 (F1) Grand Prix Malaysia 2013, Sepang, Malaysia 24 Mac 2013 menyaksikan Sebastian Vettel dari Red Bull muncul juara perlumbaan ke 2 Formula Satu (F1) di Litar Antarabangsa Sepang.


Rakan sepasukan, Mark Webber di tempat ke 2 manakala Lewis Hamilton dari Mercedes di tangga ke 3 dan Nico Rosberg dari Mercedes menduduki tangga ke 4.


Inilah dia keputusan penuh Grand Prix Formula 1 (F1) Sepang, Malaysia 25 Mac 2013 :- 






Insiden kelakar turut mewarnai Grand Prix Malaysia 2013 ini apabila Lewis Hamilton dari Mercedes telah tersalah memasuki hentian pit McLaren sedangkan beliau kini tidak lagi bersama pasukan itu. 




Krew McLaren yang telah bersedia untuk meyambut Jenson Button di hentian pit terpaksa membiarkan Lewis Hamilton melalui pit McLaren dalam pusingan ke 7. 


Hamilton bernasib baik masih dapat kembali memasuki hentian pit Mercedes untuk menyambung kembali perjuangan merebut kejuaraan.  


Selepas ini Grand Prix Formula 1 pusingan ke 3 akan berlangsung di Shanghai, China pada 14 April 2013. Kita tengok pula siapa pula yang menang...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~ 



Majlis Perkahwinan Datuk Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo telah berlangsung pada 9 November 2012. Majlis Perkahwinan Datuk Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo ini berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). 


Kira-kira 1,000 tetamu kenamaan yang hadir ke majlis ini. Turut berangkat, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu‘adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah serta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


Chong Wei, 30, tampil berpakaian segak tuksedo hitam rekaan pakar sut lelaki ternama, Lord’s Tailor manakala Mew Choo, 29, pula mengenakan gaun pengantin serba putih.


Beregu badminton No. 1 negara, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong antara 6 sahabat yang dipilih Chong Wei membentuk pasukan pengiring pengantin lelaki.




Empat lagi adalah 2 bintang badminton, Gan Teik Chai dan Khoo Chung Chiat selain 2 sahabat karibnya, Yap Khean Boon dan Sunny Ang. Di sebelah pengantin perempuan, Mew Choo juga membariskan 6 pengapit terdiri daripada sahabatnya.


Untuk rekod, pasangan Chong Wei dan Mew Choo, yang sudah menjalin hubungan cinta sejak 11 tahun lalu akan mengadakan majlis resepsi kedua mereka di KLCC 10 November 2012.


Majlis resepsi ini akan diadakan secara tertutup itu akan melibatkan 1,500 ahli keluarga serta kenalan rapat kedua-dua mempelai.


Apa-apa pun Selamat Pengantin Baru buat  Datuk Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo. Semoga bahagia ke akhir hayat hendaknya....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



BREAKING NEWS


Zulfahmi Khairuddin raih tempat ke 2 GP Malaysia! Zulfahmi Khairuddin yang meraih tempat ke 2 GP Malaysia mencipta sejarah sebagai pelumba tempatan pertama meraih podium apabila menamatkan perlumbaan di tempat kedua pada GP Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) 21 Oktober 2012. 


Inilah dia keputusan Moto3 GP Malaysia 2012 mengikut kedudukan podium :-

  • No 1 : Sandro Cortese, Red Bull KTM Ajodari (40:54.123s)
  • No 2 : Zulfahmi Khairuddin, AirAsia-Sic-Ajo (40:54.152s)
  • No 3 : Mapfre Aspar Team Moto3, Jonas Folger (40:54.370s)

Tahniah Zulfahmi Khairuddin. Selepas ini pasti ramai yang menjadikan beliau ikon baru sukan permotoran negara. Harap beliau tidak leka dan terbuai-buai dengan kejayaan ini. Jauh lagi perjalanan karier beliau....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~



Kelantan muncul Juara (pemenang) Piala Malaysia 2012 ! Kelantan muncul Juara Piala Malaysia 2012 selepas menewaskan ATM 3-2 dalam Final Piala Malaysia yang berlansung di Stadium Shah Alam 20 Oktober 2012.


Pada separuh masa pertama kedua-dua pasukan bermain berhati-hati sehingga perlawanan sedikit hambar. Kelantan mendahului 1-0 apabila NorShahrul Idlan Talaha pada minit ke 43'. Tamat separuh masa pertama Kelantan 1-0 ATM.


Separuh masa kedua menyaksikan ATM kembali mendapat rentak apabila menjaringkan gol penyamaan menerusi Rezal Zambery Yahya (48') namun kedudukan tidak bertahan lama apabila Kelantan kembali dihadapan sekali lagi menerusi NorShahrul Idlan (49').


ATM yang semakin terdesak menjaringkan gol akhirnya mendapat gol penyamaan menerusi tandukan Marlon Alex James (61'). Perlawanan semakin sengit apabila menghampiri 90 minit masa permaianan.


Tamat 90 minit permainan kedudukan terikat 2-2. Perlawanan terpaksa diteruskan dalam masa tambahan. Kelantan berjaya menjaringkan gol kemenangan menerusi Indra Putra pada minit ke 96'.


ATM terus mengasak ke kubu Kelantan untuk memburu gol penyamaan. Keadaan tegang beberapa kali berlaku apabila pemain ATM mendakwa pemain Kelantan melambat-lambatkan permainan.


Tamat 120 minit permainan, Kelantan diumumkan Juara Piala Malaysia 2012 selepas menewaskan ATM 3-2.


Tahniah yang Kelantan yang muncul Juara Treble musim 2012 ini (Juara Liga Super, Juara Piala FA, Juara Piala Malaysia) !

  • Juara Piala Malaysia : Kelantan
  • Naib Juara Piala Malaysia : ATM
  • Pemain Terbaik Perlawanan Akhir : NorShahrul Idlan Talaha (Kelantan)
  • Pasukan Fair Play : Kuala Lumpur




Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~   



BREAKING NEWS


Robin Van Persie sah berpindah ke Manchester United dari Arsenal dengan yuran perpindahan sebanyak £24million. Robin Van Persie yang berpindah ke Manchester United akan menerima gaji sebanyak £250,000 seminggu dengan kontrak selama 4 tahun. 


Untuk rekod, Van Persie telah menjaringkan 37 gol untuk Arsenal dalam semua pertandingan musim lalu. Anda boleh melihat kelibat Van Persie bermain untuk Red Devils pada perlawanan sulung Liga Perdana England menentang Everton pagi Isnin ini.


Van Persie akan menggunakan jersi bernombor 20. Kini Manchester United memiliki 4 penyerang berbisa iaitu Wayne Rooney, Van Persie, Javier Hernandez dan Danny Welbeck 


Gandingan 'The Fantastic 4' ini mengingatkan Sir Alex Ferguson pada 4 penyerang berbisa Manchester United pada 1999 iaitu Teddy Sheringham, Dwight Yorke, Andy Cole dan Ole Gunnar Solskjaer.




Van Persie bertekad untuk meninggalkan Arsenal selepas skuad The Gunners sekadar menduduki tempat ketiga dalam saingan liga musim lalu.


Van Persie yang menyertai Arsenal pada tahun 2004 masih mempunyai baki kontrak selama setahun di kelab itu. Pada Julai lalu, dia membuat kejutan apabila mendedahkan untuk tidak menyambung kontrak kerana tidak gembira dengan arah tuju kelab itu.


Arsenal telah kehilangan beberapa pemain utama antaranya ialah Samir Nasri, Cesc Fabregas, Gael Clichy, Emmanuel Adebayor dan Kolo Toure kerana tidak pernah memenangi trofi utama. Kali terakhir Arsenal merangkul trofi ialah Piala FA pada 2005.


Selamat Maju Jaya untuk Robin Van Persie di Manchester United. Secara peribadi saya merasakan sudah sampai masanya Arsenal merubah polisi kelab itu jika tidak mahu lagi kehilangan nama besar dalam kelab dari London itu....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Pandelela Rinong menang pingat gangsa Sukan Olimpik 2012 menerusi acara 10m platform individu wanita. Pandelela Rinong meraih pingat gangsa Sukan Olimpik 2012 setelah menduduki tempat ke 3 dalam acara ini. 


Pandelela Rinong yang berusia 19 tahun bangkit daripada terjunan hambar pada cubaan pertama dan menamatkan saingan lima terjunan dengan 359.20 mata, di belakang Chen Ruolin dari China yang unggul mempertahankan gelarannya dengan 422.30 mata dan perak milik penerjun Australia, Brittany Broben (366.50).


Jaguh terjun negara itu sebelum ini pernah diiktiraf sebagai atlet wanita terbaik ekoran kecemerlangannya meraih pingat perak di Kejohanan Terjun Siri Dunia Moscow pada tahun lalu, serta pingat perak dan gangsa di temasya Universiad Shengzhen, seterusnya melayakkan diri ke Olimpik.




Ia merupakan pingat kedua buat kontinjen negara selepas perak yang disumbangkan Datuk Lee Chong Wei, Ahad lalu, sekaligus memperbaiki persembahan Malaysia pada Beijing 2008.


Untuk rekod, Pandalela juga mencatatkan sejarah apabila menjadi wanita pertama Malaysia memenangi pingat Olimpik dalam sejarah sukan negara.


Blog Aku Dan Sesuatu mengucapkan tahniah kepada Pandalela, syabas juga untuk Malaysia! 



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~



Keputusan Lee Chong Wei VS Lin Dan Live Final Sukan Olimpik Badminton 5 Ogos 2012




Keputusan Lee Chong Wei VS Lin Dan live Final Sukan Olimpik acara badminton 5 Ogos 2012 menyaksikan Lee Chong Wei kalah 21-15,10-21,19-21 kepada Lin Dan dalam perlawanan yang mendebarkan.


Pada set pertama Lee Chong Wei beraksi cemerlang menewaskan Lin Dan 21-15 namun segalanya berubah di set kedua apabila Chong Wei tewas mudah 10-21.


Set penentuan menyaksikan 2 jagoan dunia ini saling kejar mengejar antara 1 sama lain sehinggalah kedudukan berpihak kepada Chong Wei 18-16 namun rezeki berpihak kepada Lin Dan apabila menamatkan permainan 19-21 sekaligus merangkul pingat emas.


Lee Chong Weri terpaksa berpuas hati dengan pingat perak ke 2 Olimpik. Apa-apa pun Tahniah kepada Chong Wei yang telah berjuang sehingga ke titisan peluh yang terakhir....



PREVIOUS ENTRY


Keputusan Lee Chong Wei VS Lin Dan live Final Sukan Olimpik acara badminton 5 Ogos 2012 akan di ketahui sebentar lagi. Keputusan pertembungan Lee Chong Wei VS Lin Dan amat penting penentuan pingat emas Olimpik 2012.


Untuk rekod, Lee Chong Wei menundukkan Cheng Long pada separuh akhir manakala Lin Dan menewaskan Lee Hyun Ill untuk melangkah ke perlawanan akhir. 


Pada Sukan Olimpik 2008, Lin Dan memenangi pingat emas Olimpik apabila menewaskan Chong Wei di pentas final. Lin Dan merangkul pingat emas manakala Chong Wei terpaksa berpuas hati dengan pingat perak.


Perlawanan  Lee Chong Wei VS Lin Dan live Final (Akhir) Sukan Olimpik acara badminton 5 Ogos 2012 akan disiarkan secara langsung (live) di TV1 dan Astro Arena saluran 801. Jika ada live streaming saya akan kongsikan di sini nanti.


Keputusan @ result Lee Chong Wei VS Lin Dan akan dikemaskini di blog ini sejurus perlawanan tamat. Tunggu....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



Keputusan Lee Chong Wei VS Chen Long Live Sukan Olimpik Separuh Akhir Badminton 3 Ogos 2012



Keputusan Lee Chong Wei VS Chen Long Live Sukan Olimpik Separuh Akhir Badminton 3 Ogos 2012 menyaksikan Lee Chong Wei menang 21-13, 21-14 ke atas Chen Long dalam perlawanan yang mendebarkan.


Ini bermakna Lee Chong Wei mara ke perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki dan akan menentang Lin Dan atau di pentas final. 


Tahniah Lee Chong Wei ! Semoga Lee Chong Wei mampu menghadiahkan sebutir pingat emas pertama Olimpik untuk Malaysia


P/S : Jika Lee Chong Wei menang emas maka rakyat akan menikmati ais krim Baskin Robin secara percuma..




Berita selanjutnya akan menyusul.....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



Keputusan Grand Prix Formula 1 (F1) Sepang, Malaysia 25 Mac 2012 menyaksikan Fernando Alonso dari Ferrari muncul juara perlumbaan ke 2 Formula Satu (F1) di Litar Antarabangsa Sepang.


Sergio Perez dari pasukan Sauber di tempat kedua manakala Lewis Hamilton dari McLaren yang memulakan perlumbaan dari petak pertama melepasi garisan penamat di tangga ke 3 dan Mark Webber dari Red Bull ke 4.


Inilah dia keputusan penuh Grand Prix Formula 1 (F1) Sepang, Malaysia 25 Mac 2012 :- 




Perlumbaan terpaksa diberhentikan selama 50 akibat hujan lebat dan disambung semula selepas hujan berhenti. Keadaan cuaca yang tidak menentu menyaksikan pelumba terpaksa menukar tayar kering kepada tayar basah beberapa kali.


Tahniah kepada Fernando Alonso dari pasukan Ferrari yang muncul juara @ pemenang untuk edisi kali ini.  Kepada peminat Formula 1 jangan ketinggalan menyaksikan perlumbaan ke 3 Grand Prix Formula 1 akan berlangsung di China pada 13-15 April 2012 ini nanti...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget