Pandelela Rinong menang pingat gangsa Sukan Olimpik 2012 menerusi acara 10m platform individu wanita. Pandelela Rinong meraih pingat gangsa Sukan Olimpik 2012 setelah menduduki tempat ke 3 dalam acara ini.
Pandelela Rinong yang berusia 19 tahun bangkit daripada terjunan hambar pada cubaan pertama dan menamatkan saingan lima terjunan dengan 359.20 mata, di belakang Chen Ruolin dari China yang unggul mempertahankan gelarannya dengan 422.30 mata dan perak milik penerjun Australia, Brittany Broben (366.50).
Jaguh terjun negara itu sebelum ini pernah diiktiraf sebagai atlet wanita terbaik ekoran kecemerlangannya meraih pingat perak di Kejohanan Terjun Siri Dunia Moscow pada tahun lalu, serta pingat perak dan gangsa di temasya Universiad Shengzhen, seterusnya melayakkan diri ke Olimpik.
Ia merupakan pingat kedua buat kontinjen negara selepas perak yang disumbangkan Datuk Lee Chong Wei, Ahad lalu, sekaligus memperbaiki persembahan Malaysia pada Beijing 2008.
Untuk rekod, Pandalela juga mencatatkan sejarah apabila menjadi wanita pertama Malaysia memenangi pingat Olimpik dalam sejarah sukan negara.
Blog Aku Dan Sesuatu mengucapkan tahniah kepada Pandalela, syabas juga untuk Malaysia!
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~~~