Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted
Showing posts with label Pelaburan. Show all posts
Showing posts with label Pelaburan. Show all posts



Dividen ASB untuk tahun 2013 ialah 8.7% (Dividen 7.7 Sen seunit, Bonus 1.0 Sen seunit). Dividen ASB 8.7% 2013 ini adalah bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember.


Nampaknya pengagihan dividen kali ini rendah sedikit berbanding tahun lepas iaitu 8.90% (Dividen 7.75 sen seunit + bonus 1.15 sen seunit). Menurut PNB, kadar itu masih di anggap kompetitif di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi global.


Untuk rekod, kadar dividen tahun ini bukanlah yang terendah yang pernah diagihkan oleh PNB kerana pada tahun 2009, pengagihan dividen termasuk bonus adalah 8.6 sen seunit. Sebenarnya PNB mampu membayar dividen sebanyak 10.54 sen seunit untuk tahun ini, tetapi PNB mahu bawa ke hadapan 2.71 sen seunit bagi membantu portfolio dana ini untuk lebih berdaya mampan di masa hadapan.




Pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus bagi tabung ASB akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun pemegang unit dan para pemegang unit boleh mengemas kini buku pelaburan ASB masing-masing di ibu pejabat PNB atau ejen-ejen ASNB di seluruh negara mulai 2 Januari 2014.


Buat masa ini semua urus niaga bagi ASB akan ditangguhkan pada 22 Disember 2013 sehingga 1 Januari 2014 bagi tujuan pengiraan pendapatan dan bonus.


Apa-apa pun ASB masih menberikan dividen yang tinggi berbanding ASW 2020 dan AS1M yang memberikan dividen sekitar 6.7% sahaja untuk 2013.


Kepada golongan bumiputera di luar sana, anda digalakkan menyimpan dalam ASB kerana dividen diberikan biasanya lebih dari 8% berbanding menyimpan dalam akaun simpanan biasa yang memberikan antara 0.3%-1.75% sahaja. Kan jauh bezanya...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~



Dividen AS1M 2013 adalah 6.70 sen seunit ! Dividen Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) 2013 untuk tahun kewangan berakhir 30 September 2013 meningkat sebanyak 0.10 sen seunit berbanding 6.60 sen seunit untuk 2012.


Agihan pendapatan akan melibatkan pembayaran sebanyak RM593.06 juta, peningkatan 30.9% berbanding pembayaran jumlah tahun sebelumnya sebanyak RM453.03 dan akan memanfaatkan seramai 365,355 pemegang unit yang telah melanggan sejumlah 9.28 bilion unit AS1M.


AS1M mencatatkan pendapatan kasar sebanyak RM723.93 juta, dengan keuntungan daripada penjualan saham dalam syarikat-syarikat menyumbang sebanyak RM405.99 juta atau 56.1% manakala baki RM128.15 juta atau 17.7% lagi diperoleh daripada pelaburan dalam instrumen jangka pendek dan lain-lain pendapatan.


Bagi yang belum tahu, AS1M merupakan dana harga tetap dengan saiz 10 bilion unit dengan 50% saiz yang diluluskan dibuka untuk pelabur Bumiputera, 30% diperuntukkan kepada kaum Cina, 15% untuk kaum India dan selebihnya untuk rakyat Malaysia yang lain.


Bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan, semua urus niaga AS1M di pejabat-pejabat dan ejen-ejen ASNB akan ditangguhkan mulai 24 September sehingga 30 September. Semua pengagihan pendapatan akan dikreditkan secara automatik ke akaun pemegang unit pada 1 Oktober.


Bagi yang belum tahu, pengiraan pengagihan pendapatan AS1M adalah berdasarkan purata baki minimum bulanan yang dipegang sepanjang tahun kewangan dana...


Dengar cerita tak lama lagi ASB 2 akan dilancarkan untuk memperkasakan gologan bumiputera. Walaubagaimanapun ia masih dalam peringkat perbincangan. Sama-samalah kita tunggu....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Dividen ASW 2020 2013 : 6.70 sen seunit. Naik 0.10 Sen !



Dividen ASW 2020 2013 adalah sebanyak 6.70 sen seunit ! Dividen Amanah Saham Wawasan (ASW 2020) ini adalah bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos, 2013. 


Dividen ASW 2020 2013 menunjukkan peningkatan sebanyak 0.10 sen seunit berbanding pengagihan pendapatan tahun lepas dan juga yang tertinggi dalam tempoh 5 tahun.


Sepanjang tahun kewangan berakhir 31 Ogos, 2013, tabung ASW masih mampu mencapai objektif pelaburannya meskipun pasaran saham dan ekonomi dunia masih lagi mengalami suasana ketidaktentuan pasaran oleh krisis hutang Eropah yang berterusan dan perubahan polisi ekonomi Amerika Syarikat serta kelembapan ekonomi serantau.


Jom kita terjah antara beberapa maklumat penting dalam pengagihan dividen kali ini :-
  

  • Kadar pengagihan pendapatan membabitkan pembayaran berjumlah RM1.062 bilion, peningkatan sebanyak 9.2% berbanding jumlah pembayaran pada tahun sebelumnya yang berjumlah RM973.16 juta.
  • Pengagihan pendapatan ini akan dimanfaatkan oleh seramai 899,967 pemegang unit yang telah melanggan 15.8 bilion unit ASW 2020.
  • Tabung ASW 2020 telah memperoleh pendapatan kasar sebanyak RM1.28 bilion, di mana keuntungan daripada penjualan saham dalam syarikat-syarikat menyumbang sebanyak RM624.46 juta atau 48.8 peratus kepada pendapatan kasar.
  • Pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat-syarikat pula menyumbang sebanyak RM421.18 juta atau 32.9 peratus kepada jumlah pendapatan kasar tersebut dan selebihnya sebanyak RM234.05 juta diperoleh melalui pendapatan daripada pelaburan dalam instrumen-instrumen jangka pendek dan lain-lain pendapatan. 

   
Pengagihan pendapatan ASW 2020 akan dilaksanakan melalui pelaburan semula yang akan dikreditkan ke dalam akaun pelaburan pemegang unit pada 1 September 2013.
   
Semua urus niaga bagi ASW 2020 ditangguhkan bermula 25 Ogos sehingga 1 September 2013 bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan.
   
   
Bagi pemegang unit yang melanggan unit-unit ASW 2020 menerusi Skim Pelaburan Ahli KWSP, pembayaran pengagihan pendapatan akan dikreditkan ke dalam akaun pelaburan KWSP yang berkenaan.
   

Kepada semua pemegang unit ASW 2020, anda boleh mengemas kini buku pelaburan masing-masing di ibu pejabat, pejabat-pejabat atau ejen-ejen ASNB di seluruh negara mulai 2 September 2013 ini. Tunggu..



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~

CEO Baru Maybank : Datuk Abdul Farid Alias



CEO baru Maybank 2013 ialah Datuk Abdul Farid Alias ! CEO baru Maybank, Datuk Abdul Farid Alias diumumkan menggantikan Datuk Seri Abdul Wahid Omar yang melepaskan jawatannya pada 4 Jun lalu selepas dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Unit Perancang Ekonomi.


Bagi mereka yang belum mengenali beliau sebenarnya Datuk Abdul Farid Alias pernah memegang jawatan Timbalan Presiden dan Ketua Perbankan Global Maybank.


Menurut Pengerusi Maybank, Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor, pemilihan Abdul Farid dibuat selepas lembaga pengarah Maybank melakukan semakan dan penilaian menyeluruh terhadap calon dari luar dan dalam Maybank.


Jom kita terjah sedikit sebanyak penglibatan beliau dalam dunia koporat :-

  • Beliau mendapat ijazah pertama perakaunan di Universiti Pennsylvania State dan ijazah sarjana dalam pengurusan perniagaan dan kewangan di Universiti Denver, Amerika Syarikat.
  • Beliau mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam perbankan pelaburan dan pasaran modal. 
  • Beliau turut berkhidmat di Khazanah Nasional Bhd dari 2005 hingga 2008 sebagai pengarah pelaburan. 
  • Menjadi ahli lembaga pengarah syarikat seperti UEM World Bhd dan PLUS Expressways Bhd.

Buat masa ini, jawatan terakhir Abdul Farid dipangku CEO Maybank Investment Bank Tengku Datuk Zafrul Tengku Abdul Aziz.


Tahniah Datuk Abdul Farid Alias atas pelantikan ini. Semoga beliau dapat mengekalkan momentum Maybank untuk menjadi peneraju dalam sektor perkhidmatan kewangan di rantau Asean...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Dividen ASD diumumkan 6.80 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2013. Dividen ASD 6.80 sen 2013 ini naik 20 sen berbanding 6.60 sen seunit pada 2012.


Sehingga 12 Jun 2013, tabung Amanah Saham Didik (ASD) mencatat pendapatan kasar sebanyak RM400.61 juta dan keuntungan daripada penjualan saham dalam syarikat-syarikat menyumbang sebanyak RM223.51 juta atau 55.79%.


Manakala pendapatan dividen daripada pelabur dalam syarikat-syarikat menyumbang sebanyak RM123.84 juta atau 30.9%  kepada jumlah pendapatan kasar tersebut.


Selebihnya, RM53.26 juta atau 13.30% diperoleh melalui pendapatan daripada pelaburan dalam instrumen-instrumen jangka pendek dan lain-lain pendapatan.


Agihan dividen ASD 2013 ini akan dikreditkan ke akaun pemegang unit pada 1 Julai 2013.


Sebenarnya ASNB mampu memberi dividen sehingga 11.3 sen seunit namun pihak pengurusan mengambil keputusan untuk membawa lebihan berkenaan ke depan bagi membuat persediaan untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan pada tahun yang mendatang.


Bagi mereka yang belum lagi menjadi pemegang unit Amanah Saham Didik (ASD), di bawah ini ada maklumat lanjut mengenai ASD ini :-





Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Dividen ASN 2012 : 6.30 Sen Seunit !



Dividen Amanah Saham Nasional (ASN) 2012 ialah 6.30 sen seunit. Dividen ASN 6.30 sen seunit adalah untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 


Untuk rekod, pengagihan pendapatan sebanyak 6.30 sen seunit 2012 ini adalah lagi tinggi dari tahun sebelumnya iaitu 6.05 sen. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 0.25 sen. Jumlah pulangan ini adalah jumlah yang terbaik dalam tempoh 10 tahun 


Agihan tahun ini melibatkan peruntukkan pembayaran sebanyak RM92.18 juta kepada 1.23 juta pemegang unit.


Buat masa ini, semua urus niaga ASN di Ibu Pejabat, pejabat dan ejen ASNB ditangguhkan mulai 18 Disember hingga 2 Januari tahun 2012 untuk proses pengiraan dividen dan bonus. 



Pemegang unit boleh mengemaskini buku pelaburan ASB bermula 3 Januari 2013 dan pendapatan dan bonus ASB ini akan dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelaburan anda nanti.



Jom kita terjah dividen Amanah Saham di bawah ASNB untuk tahun 2012 :-

  • Amanah Saham Nasional : 6.30 sen seunit.


Semoga dengan adanya jumlah pendapatan setiap unit dana Amanah Saham di atas ini dapatlah sedikit sebanyak membantu kita membuat pertimbangan unit dana Amanah Saham manakah yang lebih memberi pulangan yang lumayan....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~



Dividen ASB untuk 2012 ialah 8.90% (Dividen 7.75 sen seunit + bonus 1.15 sen seunit). Dividen ASB 8.9% 2012 ini bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.


Agihan pendapatan 7.75 sen ini lebih tinggi daripada pembayaran 7.5 sen seunit tahun lalu, manakala bonus 1.15 sen adalah lebih rendah berbanding 1.25 sen sebelum ini.


Sebenarnya ASNB mampu memberikan 10.8% dividen ASB 2012 (dividen+bonus) namun selepas membuat pertimbangan ASNB hanya memberikan 8.9% sahaja. 


Untuk rekod, sehingga 15 Disember lalu, ASB memperoleh pendapatan kasar RM7.19 bilion atau 56.9 peratus apabila pendapatan dividen hasil pelaburan dalam syarikat menyumbang RM4.09 bilion.


Keuntungan daripada penjualan saham dalam syarikat pula menyumbang RM2.25 bilion atau 31.3% kepada pendapatan kasar dan selebihnya RM0.85 bilion adalah hasil pelaburan dalam instrumen jangka pendek serta lain-lain pendapatan.




Bagi yang tak sabar nak menerima dividen tu, pembayaran agihan pendapatan dan bonus ASB ini akan dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelaburan anda nanti.


Buat masa ini, semua urus niaga ASB di Ibu Pejabat, pejabat dan ejen ASNB ditangguhkan mulai 18 Disember hingga 2 Januari tahun 2012 untuk proses pengiraan dividen dan bonus. 


Pemegang unit boleh mengemaskini buku pelaburan ASB bermula 3 Januari 2013 dan pendapatan dan bonus ASB ini akan dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelaburan anda nanti.


Macam mana sebenarnya pengiraan dividen dan bonus ASB ni? Sebenarnya pengiraan bagi kedua-dua hasil pendapatan adalah berbeza. Secara penerangan kasarnya adalah seperti berikut :-


Dividen
  • Pengiraan pengagihan pendapatan ini adalah berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan ASB yang berakhir pada 31 Disember pada tahun tersebut.

(Hasil tambah baki minimum setiap bulan / 12 bulan) * kadar dividen


Bonus
  • Pengiraan bonus pula dibuat berdasarkan kepada purata baki pegangan minimum bulanan yang dimiliki pelabur dalam tempoh 10 tahun terakhir.

(Hasil tambah baki minimum setiap bulan / 120 bulan) * kadar bonus


Sebenarnya ramai yang jangkakan dividen tahun 2012 ini sebanyak 9.0% atau lebih namun realitinya dividen 2012 ini sebanyak 8.9% sahaja tapi masih menunjukkan trend meningkat iaitu naik 0.1% daripada tahun 2011.


Apa-apa pun ASB masih menberikan dividen yang tinggi berbanding ASW 2020 dan AS1M yang memberikan dividen 6.6% sahaja untuk 2012.


Jom kita terjah rekod pembayaran dividen ASB sebelum ini :-




Kalau anda nak gandakan dividen ASB anda apa kata kalau anda buat pelaburan ASB atau lebih dikenali sebagai ASB Loan di Maybank. Bab halal haram tuu, tak payah nak berbalah, kerana mengikut pendapat fatwa kebangsaan yang kata pelaburan ASB itu  hukumnya HARUS! sebab maslahat umat Islam.


Bagi yang nak tahu apa tujuan dan kebaikan pelaburan ASB @ ASB Loan ini anda boleh klik di pautan ini Pelaburan Pinjaman ASB (ASB Loan) VS Simpan Sendiri?


Kepada golongan bumiputera di luar sana, anda digalakkan menyimpan dalam ASB kerana dividen diberikan biasanya lebih dari 8% berbanding menyimpan dalam akaun simpanan biasa yang memberikan antara 0.3%-1.75% sahaja. Kan jauh bezanya...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~



Dividen ASB 2012 akan diumumkan pada 21 Disember 2012. Dividen + bonus ASB dan ASN 2012 dijangkakan lebih tinggi dan kompetitif berbanding tahun lepas menurut Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.


Pastinya pengumuman dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN) 2012 amat ditunggu-tunggu pelabur-pelabur unit dana ini maklumlah "khabar baik" ini sedikit banyak dipengaruhi oleh Pilihanraya ke 13 semakin hampir. 


Jom kita terjah rekod dividen dan bonus ASB dari 1990-2011 :-




Untuk rekod, Permodolan Nasional Berhad (PNB) masih mampu memberikan dividen + bonus ASB pada kadar 10.50% pada tahun 1998 iaitu zaman kegawatan ekonomi. Memang tak rugilah melabur dalam ASB ini. 


Macam mana sebenarnya pengiraan dividen dan bonus ASB ni? Sebenarnya pengiraan bagi kedua-dua hasil pendapatan adalah berbeza. Secara penerangan kasarnya adalah seperti berikut :-


Dividen
  • Pengiraan pengagihan pendapatan ini adalah berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan ASB yang berakhir pada 31 Disember pada tahun tersebut.

(Hasil tambah baki minimum setiap bulan / 12 bulan) * kadar dividen


Bonus
  • Pengiraan bonus pula dibuat berdasarkan kepada purata baki pegangan minimum bulanan yang dimiliki pelabur dalam tempoh 10 tahun terakhir.

(Hasil tambah baki minimum setiap bulan / 120 bulan) * kadar bonus



Kalau anda nak gandakan dividen ASB anda apa kata kalau anda buat pelaburan ASB atau lebih dikenali sebagai ASB Loan di Maybank. Bab halal haram tuu, tak payah nak berbalah, kerana mengikut pendapat fatwa kebangsaan yang kata pelaburan ASB itu  hukumnya HARUS! sebab maslahat umat Islam.


Bagi yang nak tahu apa tujuan dan kebaikan pelaburan ASB @ ASB Loan ini anda boleh klik di pautan ini Pelaburan Pinjaman ASB (ASB Loan) VS Simpan Sendiri?


Kepada golongan bumiputera di luar sana, anda digalakkan menyimpan dalam ASB kerana dividen diberikan biasanya lebih dari 8% berbanding menyimpan dalam akaun simpanan biasa yang memberikan antara 0.3%-1.75% sahaja. Kan jauh bezanya...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~

ASNB Umum Dividen AS1M 2012 : 6.6 Sen Seunit !



ASNB telah mengumumkan dividen AS1M (Amanah Saham 1Malaysia) 2012 ialah 6.60 sen seunit. Dividen AS1M 2012 ini adalah  untuk tahun kewangan berakhir 30 September 2012.   


Mungkin ada yang tertanya-tanya apa itu AS1M. AS1M adalah dana harga tetap dengan saiz 10 bilion unit dengan 50% saiz diluluskan dibuka untuk pelabur Bumiputera, 30% diperuntukkan kepada kaum Cina, 15% untuk kaum India dan selebihnya untuk rakyat Malaysia yang lain. 


Agihan dividen AS1M untuk 2012 adalah lebih tinggi dari tahun 2011 dimana berlakunya peningkatan sebanyak 0.10 sen seunit berbanding dengan 6.50 sen seunit yang diumumkan tahun 2011.


Ini bermakna dividen untuk AS1M dan ASW2020 untuk tahun ini adalah sama jumlahnya untuk seunit. Kira-kira sebanyak 336,411 pemegang unit, yang kini memegang 8.02 bilion unit AS1M, akan mendapat manfaat daripada pembayaran dividen ini.


Bagi yang tak tahu, pengiraan pengagihan dividen AS1M adalah berdasarkan purata baki minimum bulanan yang dipegang sepanjang tahun kewangan dana. Sebab itu kalau boleh jangan keluarkan duit dalam mana-mana Amanah Saham. Kalau keluarkan duit maka dividen akan dapat makin sikit.


P/S : Tak sabar nak tunggu berapa pula dividen untuk Amanah Saham Bumiputera. Kalau tahun lepas ialah 8.8% hopefully tahun ini naik kepada 8.9% atau 9%...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~~

ASNB Umum Dividen ASW 2020 2012 : 6.6 Sen !



ASNB telah mengumumkan dividen ASW 2020 bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2012 ialah 6.6 sen. Dividen ASW 2020 2012 ini menunjukkan peningkatan 0.1 sen seunit daripada 6.5 sen seunit tahun 2011.


Dividen 6.6 sen ASW 2020 (Amanah Saham Wawasan 2020) ini telah diumumkan oleh Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) baru-baru ini.


Kira-kira 907,594 pemegang unit yang melanggan 14.85 bilion unit ASW 2020 akan mendapat manfaat daripada pembayaran ini. 


Untuk rekod, ASW ialah dana berharga tetap di mana 51% unit dibuka kepada pelabur Bumiputera dan baki 49% kepada pelabur bukan Bumiputera.


Pengagihan dividen ini akan dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelaburan pemegang unit pada 1 September 2012 ini. 


Untuk makluman, semua urus niaga bagi ASW 2020 telah digantung mulai 24 Ogos hingga 2 September 2012 bagi tujuan pengiraaan pengagihan pendapatan. 


Bagi yang mahu mengemaskini buku pelaburan untuk mengetahui berapa keuntungan yang anda dapat, anda boleh berbuat demikian selepas 2 September 2012 di mana-mana pejabat ASNB atau agen-agen ASNB yang berhampiran....




Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget