Umat Islam seluruh Malaysia menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 10 September 2010. Semua peringkat umur tak kira muda atau tua miskin atau kaya meraikan hari kemenangan kita berpuasa selama sebulan pada 1 Syawal.
Kali ini saya berkongsi pengalaman hari raya pertama bersama keluarga tahun ini. Sebelum pergi menunaikan solat sunat Aidilfitri, sesi bermaafan mengambil tempat.
Selepas itu kami sekeluarga bersembahyang di Masjid Tanjung Putus, Dong, Raub Pahang. Hampir setiap tahun kami solat sunat Aidilfitri di sini kerana ramai saudara mara turut solat sunat Aidilfitri di sini. Inilah peluang bertemu dengan sanak saudara.
Raya kali ini agak berbeza kerana kami kehilangan atok kesayangan kami yang kembali ke Rahmatullah hampir setahun yang lalu. Sejurus tamat solat Aidilfitri, kami ke tanah perkuburan untuk menyedekahkan tahlil untuk arwah atok kami.
Selepas menziarah kubur, sesi seterusnya adalah sesi 'menyerang' rumah saudara mara. 4 buah rumah telah menjadi mangsa 'serangan' kami. Memang makan tak ingat dunia. Asal boleh cekik semua kami telan.
Setelah penat 'menyerang' rumah saudara mara, giliran rumah kami pula menjadi 'serangan' saudara mara. Memang tak cukup tangan. Maklumlah rumah kami tak ada anak dara. So faham-faham je lah. Anak lelaki inilah terpaksa berkerja keras di dapur huhu.
Walaupun penat sedikit pada hari raya pertama tetapi penatnya hilang setelah dapat meluangkan masa bersama saudara mara berkongsi cerita masing-masing. Untuk hari raya kedua masih belum ada perancangan. Mungkin beraya di rumah saudara atau tunggu tetamu di rumah sahaja...
Adios~~~~