Dividen Amanah Saham Nasional (ASN) 2012 ialah 6.30 sen seunit. Dividen ASN 6.30 sen seunit adalah untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012
Untuk rekod, pengagihan pendapatan sebanyak 6.30 sen seunit 2012 ini adalah lagi tinggi dari tahun sebelumnya iaitu 6.05 sen. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 0.25 sen. Jumlah pulangan ini adalah jumlah yang terbaik dalam tempoh 10 tahun
Agihan tahun ini melibatkan peruntukkan pembayaran sebanyak RM92.18 juta kepada 1.23 juta pemegang unit.
Buat masa ini, semua urus niaga ASN di Ibu Pejabat, pejabat dan ejen ASNB ditangguhkan mulai 18 Disember hingga 2 Januari tahun 2012 untuk proses pengiraan dividen dan bonus.
Pemegang unit boleh mengemaskini buku pelaburan ASB bermula 3 Januari 2013 dan pendapatan dan bonus ASB ini akan dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelaburan anda nanti.
- Amanah Saham Nasional : 6.30 sen seunit.
Semoga dengan adanya jumlah pendapatan setiap unit dana Amanah Saham di atas ini dapatlah sedikit sebanyak membantu kita membuat pertimbangan unit dana Amanah Saham manakah yang lebih memberi pulangan yang lumayan....
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~~~