Kini permohonan rumah PR1MA secara online telah dibuka ! Permohonan rumah PR1MA secara online ini boleh dibuat mulai 8 Disember 2012 (sabtu) melalui laman web www.pr1ma.my.
Kepada yang belum ada rumah sendiri lagi dan masih mencari rumah pertama, bolehlah cuba-cuba membuat permohonan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) ini.
Kalau sebelum ini, permohonan rumah PR1MA Malaysia dibuat secara sistem manual iaitu secara pos, kali ini lebih mudah. Sekarang ini, permohonan sudah boleh dibuat melalui laman web www.pr1ma.my.
Macam mana nak tahu yang kita ini ini layak memohon atau tidak ? Inilah dia syarat-syarat permohonan Rumah PR1MA Malaysia?
- Warganegara Malaysia.
- Berumur sekurang- kurangnya 21 tahun semasa permohonan dibuat.
- Permohonan terbuka kepada individu atau keluarga (suami dan isteri) dengan pendapatan bulanan isi rumah antara RM2,500 – RM 7,500.
- Pemohon tidak memiliki lebih daripada satu hartanah.
- Syarat-syarat tambahan mengikut negeri-negeri.
Jom kita terjah antara kawasan yang akan dibangunkan projek PR1MA :-
Ini pula lakaran projek perumahan PR1MA di Seremban Utara :-
Untuk pengetahuan anda, rumah PR1MA ini diperuntukkan melalui proses pengundian terbuka. Ini bermakna TIADA JAMINAN semua yang memohon akan dapat.
Walaubagaimanapun proses pengundian akan dipantau firma akauntan bertauliah dan setiap permohon mempunyai peluang yang sama rata. Harap-harap tiada isu pemohon menggunakan "orang dalam".
Tahu tak bagaimana kerajaan dapat menawarkan harga rumah ini pada nilai yang mampu milik? Sebenarnya kerajaan telah membantu dalam aspek nilai tanah, hanya dikenakan caj untuk pembinaan rumah, oleh sebab itu harga rumah dapat ditawarkan pada harga yang lebih rendah daripada pasaran sekarang iaitu di antara RM100,000 sehinggalah ke RM400,000
Namun begitu ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi. Rumah yang berjaya dimiliki tidak boleh dipindah milik tanpa kebenaran pihak PR1MA selama 10 tahun dan pemiliknya MESTI tinggal di rumah PR1MA tersebut.
Ini bermakna pemiliknya TIDAK BOLEH sewakan rumah itu kepada orang lain. Secara peribadi, ia syarat yang baik cuma bagaimana ya PR1MA dapat memastikan supaya pemilik mesti tinggal di sana ya? Mungkin hanya pihak PR1MA sahaja yang tahu.
Tahniah kepada kerajaan yang sentiasa berusaha memastikan golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana terus dibela. Bagi yang mahu memohon cepat-cepatlah membuat permohonan melalui online di www.pr1ma.my.
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~