Dividen ASB 2012 akan diumumkan pada 21 Disember 2012. Dividen + bonus ASB dan ASN 2012 dijangkakan lebih tinggi dan kompetitif berbanding tahun lepas menurut Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.
Pastinya pengumuman dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN) 2012 amat ditunggu-tunggu pelabur-pelabur unit dana ini maklumlah "khabar baik" ini sedikit banyak dipengaruhi oleh Pilihanraya ke 13 semakin hampir.
Jom kita terjah rekod dividen dan bonus ASB dari 1990-2011 :-
Untuk rekod, Permodolan Nasional Berhad (PNB) masih mampu memberikan dividen + bonus ASB pada kadar 10.50% pada tahun 1998 iaitu zaman kegawatan ekonomi. Memang tak rugilah melabur dalam ASB ini.
Macam mana sebenarnya pengiraan dividen dan bonus ASB ni? Sebenarnya pengiraan bagi kedua-dua hasil pendapatan adalah berbeza. Secara penerangan kasarnya adalah seperti berikut :-
Dividen
- Pengiraan pengagihan pendapatan ini adalah berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan ASB yang berakhir pada 31 Disember pada tahun tersebut.
(Hasil tambah baki minimum setiap bulan / 12 bulan) * kadar dividen
Bonus
- Pengiraan bonus pula dibuat berdasarkan kepada purata baki pegangan minimum bulanan yang dimiliki pelabur dalam tempoh 10 tahun terakhir.
(Hasil tambah baki minimum setiap bulan / 120 bulan) * kadar bonus
Kalau anda nak gandakan dividen ASB anda apa kata kalau anda buat pelaburan ASB atau lebih dikenali sebagai ASB Loan di Maybank. Bab halal haram tuu, tak payah nak berbalah, kerana mengikut pendapat fatwa kebangsaan yang kata pelaburan ASB itu hukumnya HARUS! sebab maslahat umat Islam.
Kepada golongan bumiputera di luar sana, anda digalakkan menyimpan dalam ASB kerana dividen diberikan biasanya lebih dari 8% berbanding menyimpan dalam akaun simpanan biasa yang memberikan antara 0.3%-1.75% sahaja. Kan jauh bezanya...