BREAKING NEWS
Bandar Kuantan, Pahang dilanda banjir kilat hari ini 24 Disember 2012. Banjir kilat yang melanda Kuantan ini adalah ekoran hujan lebat yang berlarutan sejak malam semalam.
Beberapa jalan utama di pusat bandar Kuantan mengalami kesesakan lalu lintas luarbiasa setelah jalan raya dinaiki air sedalam 1.5 meter.
Berikut ialah tempat-tempat di Kuantan yang dinaiki air :-
- Jalan Tun Ismail 1,
- Jalan Beserah,
- Jalan Wong Ah Jang,
- Jalan Lim Hoe Lek,
- Jalan Abd Aziz,
- Jalan Mahkota,
- Jalan Bukit Ubi,
- Jalan Air Putih,
- Jalan Pasar
- Terminal Makmur.
Ekoran banjir kilat itu, beberapa premis serta pusat beli-belah utama terpaksa menutup perniagaan akibat situasi yang tidak terduga itu.
Jom kita terjah gambar-gambar banjir yang melanda Kuantan :-
Depan Terminal Makmur
Jalan Mahkota di hadapan Padang MPK 1 Kuantan
Jalan sekitar Megamall Kuantan
Tepi Megamal Kuantan
Depan Stadium Darul Makmur
Di kawasan Air Putih dan Semambu, orang ramai mula meninggalkan rumah masing-masing seawal pukul 10 pagi dan menyelamatkan barangan keperluan utama selepas paras air sebatang anak sungai di sini melimpah dan naik sehingga 1 meter.
Beberapa kawasan taman perumahan iaitu di Sungai Isap, Taman LKNP, Bukit Setongkol, Taman Perumahan Transit Quarters dan Taman Teratai turut ditenggelami air antara 0.1 meter dan satu meter.
Nampaknya memang teruk banjir melanda bandar Kuantan ini. Hampir lumpuh bandar Kuantan. Sebelum ini memang jarang Kuantan dilanda banjir. Harap-harap tiada kemalangan jiwa berlaku....
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~~