Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Skim Amanah Rakyat (Sara 1Malaysia) 2012


Skim Amanah Rakyat (Sara 1Malaysia) akan dilancarkan dalam masa terdekat ini. Skim Amanah Rakyat (Sara 1Malaysia) ini diperkenalkan untuk membantu meningkatkan taraf hidup rakyat dan membuka peluang untuk golongan berpendapatan rendah melabur.


Secara amnya, Sara 1Malaysia ini ialah 1 program khas yang ditawarkan kepada 100,000 isi rumah yang berpendapatan RM3,000 ke bawah untuk melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) yang diuruskan oleh Permodalan Nasional Bhd. (PNB).


Menurut sumber, skim Sara 1Malaysia ini hampir menyamai ASB Sejahtera dan Amanah Saham Wawasan 2020 yang diperuntukan kepada Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan skim ini di katakan antara skim terbaik yang pernah dilaksanakan oleh kerajaan.


Sedikit mengenai ciri-ciri  dan syarat-syarat Skim Sara 1Malaysia ini :-

  • Penyertaan pemilikan skim itu juga terbuka kepada semua kaum.
  • Pihak PNB akan melaksanakan pemilihan yang ketat bagi memastikan hanya pelabur yang layak sahaja dipilih.
  • Pelabur yang layak akan ditawarkan pinjaman pada jumlah tertentu oleh bank-bank yang menjadi ejen PNB, selain Bank Simpanan Nasional.
  • Pelabur hanya akan dikenakan kadar faedah yang sangat minimum kerana selebihnya ditanggung oleh kerajaan
  • Pelabur yang diberikan pinjaman tidak dibenarkan untuk menjual pelaburan mereka sehinggalah tempoh bayaran ansuran diselesaikan tetapi boleh menikmati agihan pendapatan setiap tahun.

Nak komen lebih-lebih pun masih belum ada black and white mengenai skim ini. Adalah lebih afdal kita tunggu Majlis Pelancaran skim ini barulah kita boleh boleh komen mengenai skim ini. Sama-samalah kita tunggu pelancaran skim ini dalam masa terdekat ini...  




Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Comments
2 Comments

2 comments:

Sharinginfoz said...

harap2 ianya berlandaskan shariah

Zura Tahir said...

skrg nie sumenye nk ada word 1Malaysia..

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget