Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Logo baru Liga Super dan Liga Perdana Malaysia Musim 2012 - 2014 telah diperkenalkan oleh Malaysia Super League Sdn Bhd (MSL) baru-baru ini.


Logo baru Liga Super dan Liga Perdana Malaysia Musim 2012 - 2014 ini direka khas sejajar dengan tujuan asal bola sepak itu sendiri iaitu 'Play' (Bermain).


Fon yang digunakan adalah unik dan direka khusus untuk disesuaikan dengan ciri-ciri yang mempunyai persamaan dengan belang harimau.


Logo Astro diletakkan ke dalam logo liga sebagai pemegang hak komersial mereka dan logo penaja yang baru mungkin menggantikan logo Astro sekiranya ada mana-mana rakan kongsi selanjutnya yang turut serta sebagai pemegang hak.


Jom kita terjah antara ciri-ciri logo baru Liga Super :-

  • Logo Liga Super dibentuk daripada imejan piala Liga Super itu sendiri yang menunjukkan bahagian atas piala di mana bola diletakkan di atas menara berbentuk bintang yang membawa maksud liga bola sepak terulung di negara ini.
  • Kombinasi warna biru gelap dan putih mewakili makna perpaduan serta prestij liga.

Ini pula ciri-ciri  Liga Perdana Malaysia Musim 2012 - 2014 :- 
  • Bagi logo Liga Premier, bola yang dipaparkan bertujuan menyerlahkan makna pergerakan bola sepak untuk mewujudkan satu kisah tentang perjalanan ke arah pengiktirafan dalam sukan bola sepak bemula di sini.     
  • Warna hitam dan kuning dipilih sebagai warna rasmi tanda kesepakatannya dengan badan dan pasukan negara.

Untuk peminat bolasepak, jangan lupa Liga Premier akan bermula pada 9 Januari 2012 manakala Liga Super pula bermula 10 Januari 2012. Jangan lupa saksikan perlawanan pasukan pilihan anda !


Apa pendapat anda mengenai Logo baru Liga Super dan Liga Perdana Malaysia Musim 2012 - 2014 ini? Cantik tak?



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Comments
0 Comments

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget