Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

SARA 1Malaysia (Skim Amanah Rakyat 1Malaysia) 2012



Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) telah dilancarkan baru-baru ini. SARA 1 Malaysia ini diwujudkan bagi membantu meningkatkan taraf hidup rakyat dan membuka peluang untuk golongan berpendapatan rendah melabur.


Jom kita terjah mekanisme SARA 1Malaysia ini :-

  • Disasarkan kepada 100,000 isi rumah berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan dengan jaminan pulangan antara RM5,000 hingga RM13,000 selepas 5 tahun.
  • Setiap pelabur dibenarkan melabur maksimum RM5,000 menggunakan wang sendiri atau pinjaman dengan tempoh bayaran balik 60 bulan daripada institusi kewangan yang mengambil bahagian, iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN), Malayan Banking Berhad, CIMB Bank Berhad dan RHB Bank Berhad.
  • Permohonan dibuka selama setahun mulai 30 Januari 2012 atau sehingga semua peruntukkan pembiayaan habis dilanggan, yang mana lebih awal.
  • Kerajaan menyediakan peruntukan subsidi sebanyak RM100 juta melalui Malaysia Development Holdings Sdn Bhd, sebuah syarikat tujuan khas (SPV) yang ditubuhkan kerajaan untuk menguruskan SARA 1Malaysia. 
  • Syarikat itu akan membuat pinjaman bernilai RM500 juta daripada bank tempatan bagi membolehkannya melabur sebanyak 500 juta unit dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) yang pulangannya diagihkan kepada pelabur SARA 1Malaysia setiap bulan.


Cara untuk memohon SARA 1Malaysia ini :

  • Borang permohonan SARA 1Malaysia boleh di dapati di cawangan bank-bank terlibat iaitu Maybank, RHB, CIMB dan BSN mulai 30 Januari 2012. Borang-borang yang telah lengkap diisi berserta dokumen yang berkenaan hendaklah diserahkan kepada pihak bank untuk disemak dan dipertimbangkan. 
  • Para pemohon diminta menyediakan dokumen-dokumen asal serta salinan yang disahkan seperti kad pengenalan pemohon (2 salinan), kad pengenalan pasangan (jika berkenaan) (1 salinan) dan bukti pendapatan (1 salinan Penyata Gaji 3 bulan terkini & 1 salinan Penyata Bank 3 bulan terkini)

Syarat kelayakan memohon SARA 1Malaysia :

  • Permohonan Skim Sara 1Malaysia ini terbuka warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 tahun.
  • Pendapatan kasar isi rumah pemohon mesti berada dilingkungan antara RM500 hingga RM3,000. Bermakna di sini, jumlah pendapatan kasar suami dan isteri mesti tak lebih RM3,000. 
  • Pemohon tidak pernah muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman
  • Pemohon dan/atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB ATAU; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul bersamaan atau kurang dari RM10,000.
  • Pemohon dan /atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB seperti Program Bantuan Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), ASB Sejahtera dan ASW 2020 Bandar.
  • Hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman.
  • Permohonan diluluskan bagi pinjaman di satu bank sahaja

Terdapat 2 kaedah yang anda boleh pilih untuk melabur dalam SARA 1Malaysia ini :-


1. Kaedah pinjaman
  • Gaji bawah RM3,000 – anda boleh buat pinjaman RM5,000.
  • Bulan-bulan dapat RM134 (pulangan tetap) daripada pelaburan RM5,000 pelaburan yang anda buat pinjaman.
  • Bayaran bulanan untuk pinjaman sebanyak RM5,000 yang dilakukan terhadap mana-mana institusi kewangan adalah sebanyak RM84.
  • Pendapatan bersih setiap bulan adalah sebanyak RM50 (RM134-RM84).

2. Kaedah pelaburan tunai
  • Bayaran tunai RM5,000 kepada kerajaan sebagai pelaburan.
  • Pendapatan bulanan bersih adalah sebanyak RM134  (pulangan tetap) selama 5 tahun.
  • Bermakna pelabur boleh untung sehingga 2.68% sebulan.

Secara peribadi saya merasakan skim ini ada baiknya cuma pihak kerajaan perlu jelaskan di manakah wang ini dilaburkan. Minta-minta ianya dilaburkan untuk tujuan yang halal dan berlandaskan syariah. Cuma agak menghairankan apabila kerajaan menggalakkan rakyat meminjam untuk tujuan pelaburan walaupun dijamin kerajaan...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~  

Comments
0 Comments

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget