Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Nazmi Faiz Bakal Berlatih Di Cardiff City Selama Setahun !



Nazmi Faiz bakal berlatih di Cardiff City setelah kelab Cardiff City itu menawarkan sesi latihan dan percubaan kepada Nazmi Faiz dalam tempoh setahun. 


Pengurus Cardiff City, Malky Mackay baru sahaja pulang dari Malaysia setelah mengadakan perbincangan untuk membawa Nazmi Faiz (17 tahun) ke Cardiff.


Untuk rekod, aksi memukau Nazmi Faiz yang membantu Malaysia memenangi pingat emas bolasepak Sukan SEA dan dalam kelayakan Olimpik telah menjadikan beliau antara permata berharga sukan bola sepak di rantau ini sehingga berjaya membuka mata dunia luar terutamanya Eropah.  


Pada masa yang sama, Cardiff City juga bakal mengadakan 1 sesi latihan bersama antara Malaysia dan Bluebird yang dinamakan sebagai "1Malaysia Cardiff City".




Sebelum ini Cardiff City telah menawarkan Safee Sali dan Safiq Rahim menjalani percubaan di Cardiff namun malangnya kedua-dua mereka tidak terpilih atas faktor usia dan permit kerja. 


Menurut Mackay, Safee Sali cepat menyesuaikan diri dengan pasukan dan Safiq Rahim pula sedikt kecil tetapi berbakat besar. 


Untuk bermain di Eropah, pemain perlu menjalani latihan beberapa tahun di Eropah untuk menyesuaikan diri dan mempelajari aspek fizikal, nutrisi dan kecergasan. Oleh itu pemain muda seperti Nazmi faiz biasanya akan diberi peluang menjalani latihan.


Tahniah kepada Nazmi Faiz yang bakal menjalani latihan di Cardiff City. Semoga beliau dapat mempelajari sesuatu yang berharga di sana nanti dan membantu menaikkan bolasepak Malaysia suatu hari nanti...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~ 

Comments
1 Comments

1 comments:

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget