Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



Kadar premium Insuran motor diselaraskan mulai 16 Januari 2012 ini! Ini bermakna kadar premium insuran baru motor akan mengalami sedikit kenaikan dan penurunan. 


Bank Negara Malaysia akan menyelaraskan kadar premium tarif motor secara berperingkat mulai 16 Januari 2012 dalam tempoh 4 tahun dengan jaminan bahawa kesannya terhadap orang awam serta perniagaan adalah kecil.


Antara alasan pelarasan kadar premium Insuran motor ini ialah :-

  • Kadar kemalangan dan tuntutan insurans di Malaysia didapati meningkat sejak akhir-akhir ini. 
  • Kos rawatan hospital, perbelanjaan perubatan dan kos membaik pulih kenderaan serta alat ganti juga turut meningkat.

Jom kita terjah jumlah kenaikan harga premium insuran motor bermula 16 Januari ini :-

  • Perlindungan pihak ketiga (third party) bagi premium insurans motosikal yang memiliki kapasiti 110 cc : Naik antara RM1 hingga RM3.50 setiap tahun atau maksimum 30 sen setiap bulan dalam tempoh 4 tahun.
  • Kereta persendirian yang memiliki kapasiti 1,400 cc : Naik antara RM6 hingga RM34 setiap tahun atau maksimum RM2.80 setiap bulan dalam jangka masa yang sama. 
  • Kenderaan perdagangan seperti teksi luar bandar dan bas : Kurang daripada 10 sen bagi setiap penumpang dan setiap perjalanan. 

Bank Negara memberi jaminan bahawa pelarasan kadar premium tarif motor ini akan dikaji semula secara berkala bagi memastikan kadar premium yang diselaraskan terus mencerminkan pengalaman tuntutan. 


Secara peribadi, saya terima alasan kos rawatan hospital, perbelanjaan perubatan dan kos membaik pulih kenderaan serta alat ganti meningkat sejak akhir-akhir ini maka kadar premium insuran juga terpaksa dinaikkan.


Cuma saya terfikir pula kalau sebelum ini banyak barang dan benda di "1Malaysia" kononya untuk menawarkan harga yang murah dan termampu oleh rakyat maka tiada ke cadangan untuk di "1Malaysia" kan insuran dan kos-kos  kos rawatan hospital, perbelanjaan perubatan dan kos membaik pulih kenderaan serta alat ganti ini?


Apa pendapat anda tentang penyelasaran kadar premium insuran ini? 



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Comments
1 Comments

1 comments:

Anonymous said...

Orang yang tak pernah eksiden menanggung kos yang tinggi. Nampak ketidakadilan. Patut bagi bonus pada yang tak pernah claim macam kereta....

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget