Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Jersi Baru Kelantan 2012 (Bolasepak)



Jersi baru Kelantan 2012 telah pun dilancarkan baru-baru ini iaitu pada Majlis Pelancaran jersi baru Kelantan 2012 pasukan dan penjualan tiket secara dalam talian di Dewan Utama Kelantan Trade Center (KTC) Kota Bharu.  


Jersi baru Kelantan musim 2012 ini mengekalkan penggunaan jenama Umbro dan warna merah dan putih sebagai warna rasmi jersi skuad kijang musim ini. 


Antara nama penaja yang terdapat pada jersi ini ialah Yusmira, Happy Prepaid, Sinar Harian, Masterskill, RW Plus Energy dan Al Hamra. 


Jom kita terjah dengan lebih dekat lagi jersi rasmi skuad The Red Warriors ini :-




Jersi merah : Jersi utama (home) 
  • Terdapat belahan kecil di round neck jersi ini untuk memudahkan memasukkan kepala terutamanya bagi pemain import yang mempunyai saiz kepala yang besar.  
  • Nampak menarik dengan 2 jalur melintang di dada jersi. Jalur pertama kotak merah putih manakala jalur kedua berwarna putih 

Jersi putih : Jersi kedua (away)
  • Leher berbentuk 'V'
  • Nampak simple tapi tetap bergaya terutamanya jalur melintang kotak merah putih di bahagian lengan dan tepi jersi.



Jersi hitam (penjaga gol) : Jersi utama (home)
  • Kombinasi warna hitam dan sedikit kuning di bahagian jalur di bahagian lengan memang nampak mengancam.

Jersi kuning (penjaga gol) : jersi kedua (away)
  • Sekali pandang seperti jersi Selangor apabila menggabungkan warna kuning dan merah. Jalur kotak merah putih di bahagian lengan adalah sama seperti jersi kedua pemain biasa.



Menurut sumber, baju kemeja putih ini akan digunakan skuad Kelantan sebagai baju rasmi dalam acara-acara di luar padang. Pegawai-pegawai bolasepak Kelantan juga akan menggunakan kemeja ini.


Sebelum ini Kelantan adalah pasukan yang terawal mengumumkan senarai pemain skuad Kelantan yang akan cabaran untuk musim 2012.


Persatuan Bolasepak Kelantan menetapkan misi untuk mempertahankan kejuaraan Liga Super, menang Piala FA dan melangkah ke Final Piala Malaysia untuk tahun 2012 ini.


Semoga tahun baru 2012 ini menjanjikan sinar untuk skuad The Red Warriors dan lebih berjaya dari musim 2011 lalu. By the way, cantik tak jersi baru Kelantan 2012 ini?



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~

Comments
3 Comments

3 comments:

ParkAir said...

lawa2! saiz kepala besar takpe jangan besar kepala nanti.

sarah mohamad said...

Ramai yg kata tak lawa tapi bagi saya okay jek HEHEHE

Miya said...

hello, nk tnye la.... ktne nak beli atau dapatkan jersi hitam penjaga gol? saya nk semua jersi yang khairul Fahmi pakai. boleh tak share klu tahu ktne boleh beli? nk yg original... pls tolong crikan..

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget