Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



Sejak pengumuman mengenai wang bantuan persekolahan RM100 untuk pelajar sekolah menengah dan rendah yang diumumkan dalam Bajet 2012 baru-baru ini ramai yang tertanya-tanyakan bagaimanakah mekanisme pembayarannya. 


Untuk maklumat, pembayaran wang bantuan persekolahan RM100 untuk pelajar sekolah menengah dan rendah ini akan dibuat serta merta kepada pihak sekolah iaitu sebelum bermulanya sesi persekolahan 2012.


Pembayaran lebih awal itu bertujuan meringankan beban ibu bapa sebelum musim persekolahan tahun depan. Pemberian wang secara tunai akan dibuat melalui setiap sekolah di bawah Kementerian Pelajaran dan tidak membabitkan sekolah persendirian atau swasta.


Difahamkan pembayaran tersebut akan dibuat melalui dua peringkat, pertama untuk pelajar Tahun Dua hingga Lima dan satu lagi untuk pelajar Tingkatan Dua hingga Empat.


Bagi pelajar Tahun Satu dan Tingkatan Satu mereka akan hanya menerima wang bantuan tersebut sebaik sahaja sesi persekolahan bermula.


Untuk panduan bagaimana untuk memohon wang bantuan persekolahan RM100 untuk pelajar sekolah menengah dan rendah ini, sila rujuk garis panduan yang disediakan di bawah ini :- 


Garis Panduan Bantuan Khas Persekolahan RM100 Bagi 2012


Kepada ibubapa yang mahukan anak mereka menerima wang bantuan RM100 ini perlu mengisi borang akuan penerimaan / penolakan wang bantuan ini dan perlu di kembalikan kepada pihak sekolah.  


Wang bantuan ini hanya di tawarkan untuk sesi persekolahan 2012 sahaja. Untuk bantuan-bantuan lain, perlu menunggu pengumuman dari Kementerian Pelajaran dari masa ke semasa. 


Diharapkan dengan garis panduan di atas ini dapatlah menjawab persoalan yang timbul mengenai wang bantuan persekolahan RM100 untuk pelajar sekolah menengah dan rendah. 


Sememangnya wang bantuan ini dapat meringankan sedikit sebanyak bebanan ibubapa untuk perbelanjaan anak-anak apabila menjelangnya sesi persekolahan yang baru. 


Namun sebagai rakyat, apa yang kita harapkan ialah peruntukan ini dapat disalurkan kepada kepada golongan sasaran tanpa berlakunya ketirisan maklumlah ianya melibatkan peruntukan yang besar. Mungkin ada yang menangguk di air yang keruh...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Comments
2 Comments

2 comments:

Sharinginfoz said...

baguslah boleh menceriakan ibu-bapa

Anonymous said...

bila tarikh duit bantuan tahun 2013

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget