Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Proton Inspira R3 2011 Di Buka Untuk Tempahan !



Ura-ura mengenai penghasilan Proton Inspira R3 sejak setahun yang lalu kini sudahpun menjadi realiti. Kini Proton Inspira R3 2011 sudahpun dilancarkan dan sudah boleh mula di buka untuk tempahan kepada umum. 


Kepada mereka yang bercita-cita memiliki kereta berprestasi tinggi seperti Mitsubishi Evo X,  Proton Inspira R3 2011 ini bakal menjadi platform untuk mereka yang suka mengubah suai kereta menjadi model itu.


Pasukan Proton R3 telah membangunkan model naik taraf Proton Inspira, sama seperti yang dinaik taraf oleh R3 dan Lotus, iaitu Proton Satria Neo Lotus R3 Racing.


Jom kita terjah antara ciri-ciri terbaru Proton Inspira R3 ini :-  

  • Tempahan sehingga 31 Disember 2011
  • Hanya 100 unit sahaja ditawarkan
  • Harga kekal = RM78,999.00
  • Hanya versi 1.8 liter dengan transmisi manual
  • Body kit yang lebih sporty (front bumper splitter, side skirt, rear apron, ducktail spoiler)
  • Rim Advanti Racing saiz 18 inci yang bernilai kira-kira RM9,000
  • Warna pilihan : white, silver, red dan black

Melihat features yang ditawarkan, sudah ternyata Team R3 Proton mempunyai kemampuan dalam mereka bentuk kembali Proton Inspira dengan rupa yang lebih garang dan pantas. 




Menurut sumber, tiada sebarang perubahan mekanikal dari segi ‘tuning’ melibatkan enjin dan prestasi asal. Ia lebih kepada kosmetik luaran semata-mata.


Namun masih terlalu awal untuk memperkatakan mengenainya sebab di laman web Proton pun masih belum ada maklumat mengenai Proton Inspira R3 ini.


Jika Admin sudah mendapat maklumat terbaru mengenai prestasi dan keupayaan enjin, Admin akan kongsikan kepada anda nanti. Kepada yang berminat mengenai model ini cepat cepatlah tempah kerana jumlahnya terhad kepada 100 unit sahaja...




Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Comments
2 Comments

2 comments:

ParkAir said...

100 unit je.. yang lain boleh dapat kan di kedai aksesories yang berhampiran heheh.

Zura Tahir said...

wow...cun nye...

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget