Ramai yang dah tahu mengenai diskaun 50% untuk warga emas guna LRT dan Monorel yang diumumkan dalam Bajet 2012 akan dilaksanakan mulai 1 Januari 2012.
Diskaun 50% untuk warga emas guna LRT dan monorel ini diperkenalkan bagi mengurangkan beban kos sara hidup yang tinggi buat warga emas yang tinggal di sekitar Lembah Klang.
Secara peribadi bagus juga diskaun 50% untuk warga emas ini diperkenalkan namun begitu mungkin ada beberapa perkara yang mungkin perlu di teliti sebelum melaksanakannya pada 1 Januari 2012 ini nanti antaranya :-
- Bagaimana hendak dapatkan diskaun 50% ini? Adakah setiap kali membeli tiket ini kaunter LRT warga emas ini perlu tampilkan kad pengenalan untuk buktikan umur mereka dalam kategori warga emas? Mungkin prosedur begini melecehkan.
- Adakah mungkin warga emas yang kerap menggunakan LRT akan di minta mendapatkan pas istimewa atau kad Touch N Go khas untuk warga emas bagi mendapat potongan diskaun ini?
- Mungkin juga Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memperkenalkan kad untuk warga emas bagi memudahkan mendapat diskaun ini dan bantuan-bantuan lain dari agensi kerajaan.
- Kan lagi bagus jika diskaun 50% ini turut ditawarkan untuk bas dan teksi. Maklumlah bukan semua tempat di Lembah Klang ada LRT dan Monorel. Ini akan bermakna lagi ramai warga emas yang dapat manfaatnya.
- Ada yang meminta supaya disediakan koc untuk warga emas. Maklumlah kesian melihat orang tua bersesak-sesak dalam LRT. Tapi rasanya tak perlu kot koc warga emas ni. Tak ramai warga emas gunakan LRT ini. Cukuplah sekadar mengingatkan orang muda supaya memberi tempat duduk kepada warga emas dalam LRT.
Harap-harap segala persoalan ini dapat dirungkaikan sebelum diskaun 50% untuk warga emas guna LRT dan Monorel dilaksanakan tahun depan. Apa yang penting segala urusan untuk mendapat diskaun ini di permudahkan.
Maklumlah yang menerima diskaun ini adalah golongan warga emas. Kasihan mereka jika banyak karenah birokrasi terpaksa mereka tempuhi semata-mata mahu mendapatkan diskaun 50% ini...
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~~