Inilah dia wajah model baru Proton yang akan dilancarkan pada 2012. Buat masa ini model ini diberi nama Proton P3-21A namun ramai yang menjangkakan inilah dia Proton Espire yang digembar-gemburkan sebelum ini.
Buat masa ini, hanya model Proton P3-21A berwarna kuning yang sudah terdedah di internet. Melihat pada warna kuning ini maka boleh di anggap model ini ialah Bumble Bee (Transformers) Malaysia.
Rekabentuk model Proton P3-21A (Proton Espire) ini adalah ini mirip kepada model Proton Tuah pernah dipertontonkan oleh Proton di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (KLIMS 2010) yang berlangsung pada Disember 2010. Oleh itu model ini dipercayai diilhamkan daripada Proton Tuah.
Untuk melihat perbandingan antara Proton P3-21A (Proton Espire) dan Proton Tuah, anda boleh melihat kepada gambar Proton Tuah di bawah ini.
Rekabentuk kedua-dua model hampir sama. Yang menampakkan perbezaan ialah pada fog lamp, grill, headlamps dan bumper depan.
Mungkin terlalu awal hendak diperkatakan tentang ruang dalaman, prestasi, dan daya tahan lasak kerana buat masa ini belum ada maklumat rasmi tentang spesifikasi untuk model ini.
Secara keseluruhan, dari aspek luaran Proton P3-21A (Proton Espire) ini menampilkan rekabentuk sedan yang lebih aerodinamik, trendy, futuristik dan kelihatan seperti kereta buatan Eropah.
Kalau nak tahu ruang dalaman, prestasi, dan daya tahan lasak model ini sama-samalah kita tunggu kenyataan rasmi dari pihak Proton sendiri mengenai model baru Proton 2012 iaitu Proton P3-21A (Proton Espire) ...
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~~