Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



KEPUTUSAN PENUH : MALAYSIA 4-1 KEMBOJA


LATEST UPDATE


Keputusan perlawanan Malaysia VS Kemboja menyaksikan Malaysia menang bergaya 4-1 ke atas Kemboja dalam perlawanan ketiga kumpulan A Sukan SEA 2011. 


Harimau Muda mendominasi permainan pada separuh masa pertama. Malaysia mendapat gol awal menerusi tandukan Izzaq Farris Ramlan minit ke 6. Gol kedua dijaringkan oleh Baddrol Bakhtiar minit ke 35 hasil percubaan jarak jauh.


Gol ketiga Malaysia hadir di minit ke 39 sekali lagi menerusi Baddrol Bakhtiar yang mengambil sepakan penalti setelah Izzaq Farris dijatuhkan oleh pertahanan Kemboja.


Tamat separuh masa pertama menyaksikan kedudukan Malaysia 3-0 Kemboja. Ball possession pula Malaysia 66-34 Cambodia.




Kemboja yang seakan-akan mendapat semangat berjuang dengan mengasak bertalu-talu ke gawang Malaysia dalam separuh masa kedua sehingga berjaya menjaringkan gol pertama mereka minit ke 60 menerusi Chun Choiuun.


Malaysia yang tersentak dengan gol itu lantas memperkemaskan rentak permainan. Menuju minit-minit terakhir permainan Malaysia pula mengasak kubu Kemboja. 


Hasilnya Wan Zahrul Nizam (Kecik) menjaringkan gol ke 4 menerusi satu sepakan lob yang menarik ketika kelam kabut dalam kotak penalti Kemboja.




Tamat permainan Malaysia 4-1 Kemboja. Jom kita ikuti rumusan dari perlawanan ini :-

  • Permulaan yang baik dari kem Malaysia yang mengasak seawal minit permainan. Namun malangnya pemain Malaysia seakan-akan sudah berpuas hati dengan keputusan sehingga GAGAL mendominasi permainan pada separuh masa kedua. 
  • Memang sasaran menang sudah dicapai namun sebenarnya Malaysia mampu menambah lagi jaringan tetapi sekali lagi dikecewakan oleh ketumpulan barisan serangan.
  • Pemain tengah lambat naik ke atas bagi membantu penyerang. Mungkin kurangnya komunikasi antara pemain.
  • Mudah leka setelah mendahului jaringan. Tiada usaha yang menampakkan kesungguhan pemain untuk menambah jaringan pada separuh masa kedua.
  • Diharapkan Malaysia akan memperbaiki lagi permaianan untuk perlawanan menentang Indonesia nanti.

Apa-apa pun tahniah kepada skuad Malaysia yang menang 4-1 ke atas Kemboja...



PREVIOUS ENTRY


Pasti ramai yang ternantikan keputusan Malaysia VS Kemboja live Sukan SEA 13 November 2011 jam 5 petang yang berlangsung di Stadium gelora Bung Karno di Jakarta Indonesia.


Keputusan perlawanan Malaysia VS Kemboja ini penting bagi Malaysia bagi mencerahkan peluang ke separuh akhir Sukan SEA kerana selepas ini Harimau Muda akan menentang Indonesia dan dijangka mengalami kesukaran menundukkan Indonesia di bumi Jakarta.


Untuk rekod, Malaysia kini menduduki tangga ke 2 kumpulan A dengan mengumpul 4 mata hasil seri dengan Singapura dan menang ke atas Thailand baru-baru ini. Kumpulan A di ketuai oleh Indonesia.


Malaysia dijangka menang dalam perlawanan ini kerana Kemboja tidaklah sekuat pasukan Thailand dan Indonesia. Kemboja sudah pun mengalami 3 kekalahan setakat ini dan sudah dianggap tersingkir dari persaingan.


Apa apapun jangan lupa saksikan siaran langsung (live) perlawanan Malaysia VS Cambodia Sukan SEA 13 November 2011 jam 5 petang di TV1, TV3 dan Astro Arena saluran 801.


Bagi yang nak menonton secara live streaming, boleh tonton di link yang disediakan di bawah ini :-


Bagi yang tak dapat menonton tu, jangan risau kerana keputusan @ result Malaysia VS Kemboja live Sukan SEA 13 November 2011 ini akan dikemaskini di Blog Aku Dan Sesuatu sejurus perlawanan tamat...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Comments
2 Comments

2 comments:

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget