Kali ini nak share dengan anda semua lirik lagu baru VIP - Kemarau. Ini merupakan lagu single ke 2 V.I.P selepas Lagu Sedih.
Lirik dan lagu Kemarau nyanyian ini adalah ciptaan sepenuhnya Edry KRU. Lagu ini berentak pop balada. Lagu ini sudah mula berkumandang di corong-corong radio.
Jom kita layan lagu V.I.P - Kemarau
Kau bilang kau sayang, sepenuh hatimu
Tapi hanya mulut, dipaksa bertutur
Keranaku sepi, meskipun bersama
Rasa terpencil di dalam jiwa
Dirimu kini dah jauh berubah
Dari yang ku kenali dulu
Harapan tak memindah, hakikat yang melanda
Cinta dah mengabai kau dan aku..
(Chorus)
APA GUNA BERSAMA BILA KITA SALING KEMARAU CINTA
MENUNGGU MASA UNTUK BERPISAH
APA GUNA BERKASIH JIKA HATI SERING MERASA SEDIH
DAN KEMARAU AIR MATA
Bila perasaan, sayang makin guram
Sinaran harapan kelihatan kelam
Mula lah mencari salah dan membenci
Walau tak ketemu jawapannya...
Dirimu kini dah jauh berubah
Dari yang ku kenali dulu
Harapan tak memindah, hakikat yang melanda
Cinta dah mengabai kau dan aku..
*Rap*
Setiap hari ku, termenung buntu, memikirkan nasib yang sudah menimpa cinta
Bukan salahku dan bukanmu, mungkin kerana jodoh tak rela untuk bersama
Seumpama gurun, menanti hujan, dijemur musim kemarau yang berpanjangan
Maka terhapuslah jiwa yang bernyawa seperti situasi di depan kita
Di jangkakan lagu V.I.P - Kemarau ini akan menjadi hits tak lama lagi kerana melodi lagu ini yang sedap di dengar. Maklumlah lirik dan lagu ini mendapat sentuhan komposer yang berbakat besar, Edry KRU...
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~